sehari bersamaku (waktu pejabat)

8.00pagi - dalam perjalanan ke hospital tempat aku bekerja... (punch card di ketik rakan sekerja)
8.10pagi - tiba di destinasi...
8.15pagi - sarapan bersama ppk...
8.40pagi - mula bertugas... (temujanji bersama pesakit kira2 30 org)
10.30pagi-minum pagi...
11.30pagi - sambung tugas... temujanji kira2 10 org pesakit...
12.15tgh hari - keluar mkn tgh hari...
12.50tgh hari - siap mkn da berada di rumah untuk melelapkan mata...
1.00tgh hari - mula melelapkan mata
1.50tgh hari - bukak mata
1.51tgh hari - bgn dari tempat tidur...
1.53tgh hari - tiba di bilik air...mandi dan bersia-siap...
2.00ptg - bertolak semula ke tempat kerja...
2.10ptg - tiba dan berbual2 bersama rakan2 setugas...
2.30 - memulakan tugas... kira2 10 pesakit stroke
4.00 ptg - menyiapkan assessment yang tertangguh 3 hari lepas...
4.45ptg - beratur di hadapan mesin pengetik waktu...
5.00 ptg - pulang ke rumah...

sempurnalah sehari waktuku bekerja... penat dan sungguh padat jadual...
terasa terlalu singkat waktu berlalu...

kempen sejuta kad....

oit! sok ramadhan akan bermula... jadi kempen sejuta kad ini secara rasminya akan bermula! jadi kepada anda semua jgn tunggu hingga akhir ramadhan.. mari cepat-cepat ke kedai membeli kad! saya akan siarkan sekali lagi alamat untuk kiriman kad nanti:-
MOHD ADIB BIN MAT ARIL
450, JALAN USAHA 1,
TAMAN SRI LAMBAK,
86000 KLUANG,
JOHOR
jadi jgn tunggu lama-lama... mungkin kita akan mencipta rekod baru dalam malaysia book of record, rekod penerima kad terbanyak raya tahun 2008! cepat-cepat! nanti terlepas peluang!

p/s : kepada pengirim kad, jika anda ingin kad anda di balas, sila sertakan sekali kad dan sampul surat berstem serta beralamat sendiri untuk di hantar bersama-sama kad kiriman anda.

raya tahun lepas...

ni gambar masa 1 syawal tahun lepas... hensem kan? adakah aku akah bertambah hensem pada raya kali ini? kita tunggu dan lihat! harap semua sabar menanti~~ ;-p

selamat berpuasa...

yeay! ramadhan datang lagi!!! insya-Allah kita akan start berpuasa... nak tau kenapa bulan ramadhan best? sebab semua antu kene ikat! tak takut dah~~~~ arini 31 ogos la... selamat ari merdeka! dan selamat menyambut ramadhan al-mubarak!

ramadhan


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

lagi beberapa hari lagi kita akan bertemu Ramadhan al-Mubarak. selamat berpuasa kepada semua... semoga bertambah amalan anda di bulan yang mulia ini!

aku comel...


comel kan aku? kan? kan? kan?

kempen sejuta kad....

KEMPEN SEJUTA KAD!!!!


sempena bulan ramadhan yang menjelang tiba dan syawal yang bakal menyusul, saya telah menyusun sebuah program "KEMPEN SEJUTA KAD". apa tujuannya? kita melaksanakan program ini untuk mengimbau kembali kenangan suatu ketika dahulu, dimana media elektronik sperti e-mail dan sms masih belum popular. kita menggunakan khidmat pos untuk menghantar ucapan hari raya! dimana sampul surat, kad dan stetm begitu penting. kad-kad tersebut kita gantung sebagai hiasan rumah di hari raya... kad yang berwarna warni, serta beraneka corak kini hampir kita lupakan. jadi program ini adalah untuk menghangatkan kembali satu kenangan dan menambah beban kerja kepada posmen.... dan mungkin program ini akan tersenarai dalam MALAYSIA BOOK OF RECORD!


bagaimana mahu menyertai? mudah saja, cume beli sekeping kad raya berserta sampul dan setem yang cume berharga RM0.30. kemudian tuliskan ucapan-ucapan ringkas dan hantarkan ke nama dan alamat berikut:-


MOHD ADIB BIN MAT ARIL

450, JLN USAHA 1,

TAMAN SRI LAMBAK,

86000 KLUANG JOHOR.


jadi mulalah menghantar sekarang. jangan tunggu sehingga akhir puasa. jangan sampai tradisi mengirim kad raya lupus di telan zaman yang semakin moden.jangan hingga generasi akan datang melihat kad raya sperti kita melihat batu bersurat diterengganu... dan mungkin anda akan menyumbang kepada sebuah rekod yang bakal tercatat dalam malaysia book of record.

cepat2! pengirim ke 1 juta bakal memenangi wang tunai berjumlah RM1juta! apa tunggu lagi! hantarlah sekarang!


yang benar,

mohd adib...

aku start blogging?


hehe.. bosan dan tak tau nak buat ape. tengok blog org lain, aku pon nak ade blog. harap-harap aku tak tulis bende-bende yang bole menyebabkan aku di kenekan tindakan mahkamah atau dimasukkan ke ISA. hehehe... selamat ber-blogging!

Blog Widget by LinkWithin