peristiwa berdarah sekolah rendah!!!!

peristiwa berdarah sekolah rendah masih segar di ingatanku... walaupon sudah lebih 17 tahun berlalu... peristiwa berlaku ketika ku bersekolah darjah dua...

pagi itu..indah seperti biasa...tidur yang lena terganggu dengan pukulan padu bapaku di belakang badan sebab tak bangun tidur lagi... aku tak marah... kalau tidak kerana pukulan aku tak mungkin menjadi insan berjaya yang pergi sekolah...

mandi, berus gigi, pakai baju, sikat rambut, pakai bedak kat muka, tengok cermin, hensem...kompom...


pergi sekolah naik van... sesi pagi bermula seperti biasa... rakan2 ku ditempat masing2 dan aku berdiri diatas kerusi di tempat ku kerana tak hafal sifir4.. ah...aku sudah biasa begini, berada di tempat tinggi membuatkan aku berasa seperti juara di atas podium...

kol 9.30 loceng pon berbunyi... tiba masa subjek paling aku gemari... REHAT... masa tuk makan dan masa ni la nak main ceper, main galah panjang, main kawin-kawin.. tapi hari peristiwa berdarah tersebut tidak seperti rehat hari biasa...


peristiwa berdarah sekolah rendah....


ketika re
hat hari tersebut, aku sedang main kawin-kawin dengan 'gadisku' ketika itu, di belakang tandas... permainan baru hendak sampai ke kemuncak... tiba-tiba datang seorang rakan sekelas ku dengan muka saspen...(kacau tol, kami baru plan nak ada cahaya mata)

"ini serius..." katanya tercungap-cengap setelah penat berlari.. dari riak air mukanya aku pasti dia tidak mempermainkan perasaan ku yang mudah terguris ini...


"kenapa?" tanyaku lembut...


"aku nampak ade tompok-tompok darah dalam kelas kita!"


ini benar-benar serius... aku mengajak beberapa lagi rakan penyiasat ku ke tempat kejadian... BENAR! aku dapati banyak tompokan darah di kelas ku... bermula
dari tempat duduk seorang gadis sekelasku... aku dan rakan-rakanku mula menyiasat... kami mengikut jejak darah tersebut... bermula dari tempat duduk gadis sekelasku.. kami mengikutinya... keluar di pintu belakang bilik darjah hingga kami menemui jalan buntu, jejak darah tersebut bersambung ke dalam tandas perempuan...

"camne ni?" tanya rakanku yang menjawat jawatan Penolong Penyiasat ketika itu...

aku diam... apa yang harus aku lakukan... perlukah aku memasuki tandas perempuan tersebut dan meneruskan siasatan? tidak
... aku tidak akan memasuki tandas perempuan, ini prinsip hidupku! bagi ku memasuki tandas perempuan seumpama mencabuli hak wanita!

cerita penemuan tompokan darah tersebar di kalangan pelajar-pelajar kelas lain.. sekolah menjadi kelam-kabut... ada yang berlari tidak tentu arah, ada yang menangis ketakutan, ade yang masih makan di kantin...


bermacam-macam spekulasi yang aku dengar. ada yang mengatakan rakan sekelas ku di makan hantu tandas! ada pula yang mengatakan bahawa rakan sekelasku telah di tikam. dan paling aku tak boleh terima ada yang menuduh rakan sekelasku pengebom berani mati!


aku buntu... aku perlukan bantuan dari cikgu... lantas kami bergegas mencari cikgu kelas kami. ketika kami melaporkan kejadian peristiwa berdarah
itu, muka cikgu tenang... setenang wajah seorang ibu... lalu die mengambil sesuatu dari tas tangannya, sesuatu seperti sampul surat.. mungkin azimat, bisik hati kecilku...dan mengikut kami ke tandas tempat dimana penyiasatan kami terbantut...

cikgu memasuki tandas dan hilang dari penglihatan...

loceng berbunyi lagi... tamat waktu rehat...

kami masuk ke kelas semula sebelum disuruh berdiri diluar kerana lambat.. dan penyiasatan kam
i tertangguh... peristiwa berdarah itu menjadi misteri...

*******


itu 17 tahun yang lalu... tapi kini, aku rase aku berjaya merungkai misteri yang berlaku ketika kejadian hari berdarah sekolah randah itu... dari ilmu biologi yang di belajar ketika sekolah menengah... bab sistem pembiakkan, kitaran haid wanita dan peringkat awal perempuan memasuki alam remaja seawal umur sekolah rendah.. baru aku sedar, mungkin rakan gadis sekelasku itu, yang di sangka di makan hantu tandas pertama kali datang bulan dan tidak membuat persediaan(takde pad) lalu panik dan pergi ke tandas pompuan...dan darah itu miliknya.. patut beliau masuk kelas muka pucat dan tertunduk malu...

oh...manelah aku tau...




perhimpunan tergempar kerana satu sekolah ketakutan...

p/s: seb baik aku tak colet darah tu dengan jari dan rase dengan lidah macam dalam cerita-cerita penyiasatan yang aku selalu tengok kat tv... huhuhu....

Si Kacak dan Perempuan ________?

tadi aku ade terbace kisah Wanita Cantik Dan Si Kacak dalam entry terbaru rakan blog aku... tiba2 aku teringat peristiwa yang pernah aku alami satu ketika dulu... so aku pon start la menaip entry baru bertajuk

'Si Kacak dan Perempuan ______ ?'

kenapa aku pilih tajuk ni? aku meniru karangan rakan aku kah seperti yang aku nyatakan di perenggan atas? (kalau meniru pon bukan cikgu marah) atau aku kah yang rakan aku maksudkan sebagai 'si kacak' di dalam blognya? nak tau? teruskan membaca...

kejadian ni berlaku semasa aku belajar kat Kolej Islam Johor(tak abes blaja pon) 4-5 tahun yang lalu, di johor bahru... aku duk umah sewa..
pada suatu hari tu, dalam kol 1 pagi gak la,aku tgh lepak2 kat umah sambil menghabiskan kerja sekolah yang ada dan mengulang kaji pelajaran(ni tipu...) aku rase tekak cam haus la plak... ye la, mungkin sebab terlalu tekun belajar... jadik aku pinjam la moto kawan aku ni, nak pergi kedai tujuh-sebelas (seben eleben)... dengan hanya berbaju t-shirt ringkas dan berseluar pendek, aku tetap kelihatan cantik...meredah kedinginan malam menaiki motor... terasa angin malam menerpa laju masuk ke seluar ku(wahahaha).

aku terasa damai sekali...
tiada apa yang berlaku di sepanjang perjalananku ke 7e.. tiada di ganggu makhluk2 halus atau makhluk2 lembut... semuanya lancar sekali...

sesampai tempat yang aku tuju, aku pon tongkat la motor... sebaik je aku turun dari motor aku terdengar suara...

"dik.. adik..."
suara pompuan..

dari mana datangnya suara itu?


"dik..." terdengar lagi suara tadi...

suara siapakah itu? aku toleh kiri kanan, aku sorg je duk tercongok berdiri depan 7e. keadaan jalan raya lengang... hanya beberapa org kelihatan, tu pon dalam 7e.. takkan akak cashier 7e tu plak panggil aku? aku pon terfikir, hantukah? aku mula membayangkan... mata merah, muke hodoh, rambut panjang bertaring dan berbaju putih...


"ah, tak mungkin" kataku dalam hati sebab aku bukan tulis cerita seram tentang hantu, tapi pasal Si Kacak...

"dik..."

aku pon mencari2 datangnya suara itu... oh dari dalam kereta Kembara yang parking sebelah motor aku... kelihatan seorang perempuan... cantik? ntah la... mungkin... kalau aku kata 'ya' korang kata aku mata keranjang... kalau aku kata tak cantik, nanti korang kata balik kat aku 'cam ko cantik'... kalau aku kata benci tgk pompuan, korang kate aku gay pulak (T_T) perempuan yang agak cantik itu aku rasakan umur pertengahan 30-an berbaju merah(kalau tak silap aku) fesyen berlapang dada(fesyen baju dedah bahagian dada(yang ni aku tak mungkin silap)) sedang memandangku...

"akak panggil saya ke?" tanyaku sambil menundukkan muka... tidak mahu melihat maksiat..

"adik bole tolong akak tak"
pertanyaanku di balas pertanyaan...

"tolong ape kak?" tanyaku dengan sedikit semangat kejiranan...

"akak kene kejar org jahat dik... akak takut... tolong teman akak balik dik..." katanya merayu padaku, sambil sesekali matanya separa tertutup sambil tangannya mengusap2 leher dan nafasnya mendengus2 halus, seperti sedang ghairah...

ape? GHAIRAH? ye... gayanya mmg sedang ghairah... tapi aku pelik, takkan beliau berasa ghairah dikejar penjahat? ini luar batas normal jarak pemikiran aku!

"tolonglah akak dik... akak dalam bahaya ni...teman sampai umah akak kat bandar baru uda je dik..."

sebenarnya aku yang dalam bahaya... jauh jugak bandar baru uda tu dari umah sewa aku, dalam 15-20 menet perjalanan...


"tapi kak.. saya pinjam moto kawan ni... jap lagi die nak guna..." aku memberi alasan...

"takpe, adik pergi hantar moto kawan adik... akak ikut adik dari belakang, akak amik adik balik umah akak..."


alamak... camnne ni? aku terdiam... diam dan berfikir... fikir ape pon aku tak tahu...

"tolonglah dik... akak merayu sangat... nanti akak bayar..."
katanya dari dalam kereta sambil menggayakan aksi-aksi ghairah yang kini lebih panas... tangannya menjalar ketubuhnya sendiri... mengusap-usap, meramas-ramas seperti begitu dahagakan belaian...

What The Fish??!!!
dia siap nak bayar aku tu! haruskah aku mengikutnya pulang ke rumah atas dasar ingin menyelamatkan seorang wanita dari penjahat? haruskan aku berkorban demi melindungi kaum yang lemah ini? atau atas dasar duit yang bakal aku terima setelah misi menyelamat berjaya? aku mungkin akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana keberanianku menyelamatkan seorang wanita dalam bahaya dan mungkin muka aku akan terpampang di muka hadapan akhbar keesokkan harinya dengan tajuk utama "Lelaki Gagah Penyelamat Wanita!!!" itu dari sudut positif...

mari kita kaji pula kesan-kesannya dari sudut negatif. haruskah aku mengikutnya pulang ke rumah atas dasar ingin menyelamatkan seorang wanita dari penjahat? haruskan aku berkorban demi melindungi kaum yang lemah ini? atau atas dasar duit yang bakal aku terima setelah misi menyelamat berjaya?dan rupa-rupanya perempuan tersebut memerangkap aku... kemudian aku di ikat dan diperkosa/atau diliwat beramai2 oleh teman2 lelaki wanita itu yang menggunakan wanita tersebut untuk mencari mangsa yang naif sepertiku. kemudian aku dipandang hina masyarakat dan mungkin muka aku tertampang di muka hadapan akhbar keesokkan harinya dengan tajuk utama "Lelaki Jambu Di Perkosa Wanita Dan Diliwat Rakan2 Lelaki Wanita Itu" (panjang gile tajuk akhbar..)

Ya Allah... dugaan apakah yang Kau beri pada hamba Mu ini...? tiba-tiba aku teringat wajah bonda tercinta di kampung... oh ibuku... bantu anakmu ini... lalu aku kuatkan tekad... menyusun ayat sebaik mungkin menolak permintaan tolongnya (ape ayat ni?) agar die tidak berkecik ati dan aku terlepas dari apa-apa risiko...


"mintak maaf kak...saya memang nak tolong teman dan ikut akak balik, tapi ibu saya tak kasik keluar malam-malam..."
jawabku lalu beredar membeli air dan terus balik kerumah meninggalkan wanita tersebut dalam keadaan sebegitu di tengah kedinginan malam... oh ibu...

so sekarang korang lengkapkan la tajuk diatas... isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai...

Si Kacak dan Perempuan ________.

a) lemah
b) gila
c) cantik
d) gersang




sekadar hiasan




*p/s:- cerita ni betul2 terjadi kat aku, cuma di ubah suai sikit supaya nampak lebih menarik dan santai dan korang da tau la kan siapakah 'Si Kacak' tersebut... hahaha...


creep...



for loser like me... am i?

*salah satu lagu kegemaran aku

jin...

salam nusantara... (sambil effect asap2 misteri menerjah sekeliling penulis...)

pernahkah anda melihat jin...?

pernahkah jin melihat anda...?

percayakah anda dengan kewujudan jin...?

dan percayakah jin dengan kewujudan anda...? (effect asap bertambah tebal...)

ntah kenapa malam yang dingin serta sunyi begini(ade ayen/membe umah men gitar sambil nyanyi lagu melayan perasaan, tapi aku bayangkan cam sunyi sebab nak amik feel tulis cerita seram) teringat aku pada peristiwa seram yang pernah ku lalui suatu ketika dahulu...

cerita bermula....

pagi yang suram, mendung menutupi langit, ketika aku menjalani latihan praktikal di hospital melaka semester terakhir... peristiwa ini berlaku pada diriku. seperti pagi2 sebelumnya, suasana suram dan penuh misteri pagi tersebut bagai tidak terkesan padaku yang telah bgn lambat untuk bersiap ke tempat praktikal. aku menunggang motorsikal yamaha lagenda, sesekali mendongak ke langit melihat apakah yang tersirat disebalik awan hitam itu... aku hanya menjeling sesekali, jika terlalu lama mendongak mungkin aku akan melekat pada kenderaan yang dtg dari arah bertentangan...atau mungkin meniarap disebalik semak...

alhamdulillah aku selamat sampai ke tempat yang aku tujui, dan selamat dari bebelan ketua department...(tak perasan aku lambat lagi,kawan yang awal dah punchkan kad aku). hari ini aku di tugaskan ke ward pediatrik... wad kanak2... bersama seorang fisioterapi, Pn.S (bukan nama sebenar) dan seorang rakan seperaktikal cik kecik(juga bukan nama sebenarnya)

pada mulanya tiada apa yang ganjil berlaku, melawat dari katil ke katil kayak seorang YB, hinggalah sampai ke bilik separa kuarantin di wad kanak2 hospital tersebut... nombor katil dan bilik aku tak dapat nak ingat kembali secara tepat... tapi di bilik tersebut terdapat 2 katil dan hanya satu dihuni... seorg kanak2 perempuan berusia lingkungan 11 tahun di temani ibunya... dari surat rujukan doktor, kanak2 perempuan tersebut di diagnosakan dengan keradangan selaput otak... namanya puteri(hampir kepada nama sebenar)... puteri ape aku tak ingat... yang penting kita enjoy~

melangkah ke bilik tersebut, tiada apa yang ganjil dari susun atur perabut dalamannya... bantal masih di tilam, lansir masih tergantung di tingkap... tiada tompokan darah di sana-sini, atau roh2 jahat berterbangan lagak drama bersiri seram kliwon... namun ade sesuatu yang seakan mengganggu perasaan ku... perasaan yang ganjil yang tak dapat di luahkan dalam bentuk taipan pada papan kekunci yang bakal terpapar di layar LCD.. (mahal tau skrin pc aku)... seakan suasana suram menyelimuti bilik tersebut...

"ini misteri..." bisik hati kecil ku yang kecil dan penakut...

Pn.S menerangkan pada penjaga kanak2 perempuan tersebut akan tujuan kedatangan kami untuk mengajar beberapa teknik pernafasan yang betul serta senaman2 asas seperti yang di pesan(order) oleh pegawai perubatan di surat rujukan. mereka saling berbalas pantun, saling menjual dan membeli... aku hanya memerhati... laksana menonton pementasan teater bangsawan lagak mereka... namun dalam indah bahasa, saling usik mengusik antara mereka dalam rangkap2 pantun yang saling berbalas seloka, perhatianku lebih tertumpu pada sekujur tubuh kanak2 perempuan yang berbaring di atas katil tersebut...

apa yang membuat tumpuan ku melakap kejap pada kanak2 tersebut? cantikkan orgnya..? halus mulus kah kulitnya?

bukan... bukan itu yang menarik perhatianku..(p/s aku bukan jenis yang korg pikirkan..yang bukan2..) tapi tingkah laku kanak2 perempuan itu sungguh misteri... matanya terpejam rapat, sambil mulutnya terkumat-kamit meracau2 bahasa yang tak dapat telingaku fahami dan kadang2 menangis. meronta2 asik memalingkan tubuhnya ke kiri dan kekanan, dan tangannya asyik menarik rambut lurus separas bahu... aku terfikir, ape yang berlaku... adakah budak itu sedang sibuk menghafal sifir? atau pon sebahagian dari latihan lakonan untuk pertandingan disekolah kelak? patient unconsious, budak tengah meracau camni suruh ajar senaman, gile punya dokter... oder pelik2... waklu!

aku bace kembali surat rujukan doktor... diagnosanya masih sama seperti yang ku baca awal tadi... masih keradangan selaput otak... aku terfikir beginikah simtom pesakit ini? cuba mengingat kembali kelas di kolej dlu sewaktuku tidur... argh..aku gagal mencari jawapan yang aku sendiri persoalkan... menyusahkan diri btul...

aku masih perlukan jawapan(sejak bila aku rajin carik jawapan?)... aku cuba mencuri dengar perbualan antara Pn.S dan ibu pesakit tersebut... dari bait2 syair yang dilagukan, aku dapat menganalisa bahawa kanak2 tersebut telah didampingi oleh makhluk halus... pakar2 perubatan batin turut berpendapat, kanak2 perempuan itu sedang disampuk... sampuk, santau dan sewaktu dengannya bukanlah istilah saintifik, dan tak mungkin pakar perubatan, atau pengamal2 perubatan sains menggunakannya untuk mendokumentasikan terhadap pesakit...

aku percaya dengan kewujudan jin...

tapi benarkah budak ini didampingi makhluk tersebut... aku benar2 ingin kepastian saat itu... aku tak mahu percaya membabi(H1N1) buta... aku mahu satu kepastian...

dari jarak kira2 satu meter dari katil tersebut, aku berkata dengan perlahan dalam hati kecil aku yang penakut,

"kalau kau jin ko tgk mata aku!"

budak tadi masih meracau seperti tadi, matanya masih terpejam. mak budak ni kelentong nih..

"kalau kau jin ko tgk aku!" aku ulang beberapa kali di dalam hati... aku ulang dalam hati dengan suara yang perlahan, sebenarnya takut gak, kang jin tu dengar... wahahaha...

aku masih tak berpuas hati, aku melangkah kedepan... berdiri betul2 di hujung katil di bahagian kaki kanak2 perempuan itu... benar2 hampir... aku ulang dialog yang sama...

"kalau kau jin ko tgk mata aku!"

cukup 3 kali aku menyeru begitu, budak perempuan tu berhenti menangis dan meracau, kaki dan tgnnya tegak seolah2 sedang berkawat... dan matanya MERENUNG TEPAT KE MATA KU!
(aku da cakap sehabis perlahan da dalam hati, camne die bole dengar ni? T_T ) ini sewies!~~

jatuh cintakah aku? oh tidak! renungannya benar2 berbeza... bukan renungan biasa, renungan tajam dan menyeramkan... lutut aku terasa longlai, rase cam tertanggal skru2 di kaki aku... tapi aku gagahkan diri, aku tenung balik, sambil dalam hati cuba membaca surah yang aku hafal(tajwidnya kompom lintang pukang) dan menyanyikan beberapa buah lagu nasyid... aku membalas renungan itu... renungan yang tajam,seram seolah2 marah dan dendam....

tiba cik kecik, kawan sepraktikalku menegur, "eh, die tgk kau la" (baca dialog tersebut dengan mengecikkan suara) bertambah longlai lutut... aku kumpulkan kekuatan ku yang kini bersepah2 dan hanya sebesar zarah... aku melangkah keluar dari bilik itu... aku benar2 takut, namun tidak sampai ketahap kekencingan... pengalaman aku berjumpa direct begitu.. walau bukan dalam bentuk sebenar jin tersebut, tetapi mmg menyeramkan!

balik ke dapartment aku ceritakan pada cik kecik, die terkejut... pada aku benarlah budak itu dirasuk sesuatu... samada korang nak percaya atau tak terpulang... dan mase aku balik petang hari tersebut, aku risau kalau2 die ikut aku balik~~ wuwuwuw~~ T_T

sebenarnya kita tak perlu takut dengan jin, jin adalah makhluk Allah... tiada yang berkuasa selain Allah... untuk belajar lebih lanjut, rujuk kepada ustaz2 dan ulama'...

sekarang ni, bila aku pikir2 balik... kan bagus kalau mase tu aku cakap "kalau ko jin, ko ikut senaman yang aku buat... 1..2...8... 8 lagi..." T_T






p/s : mase aku tulis ni pon, meremang bulu peha aku ingat balik kisah tu

cerita disebalik lagu 2...




tiba2 aku teringat lagu ni... trus carik kat youtube... ade lak... carik kat red tube tak jumpa , porn tube pon takde... comfirm...

mase aku form 2... kira2 3 tahun yang lepas(ekekeke) ade la aku dapat sekeping kertas tertulis lirik lagu ni... mmg syahdu... mase sekolah dulukan ade hari yang kita leh bg bunga, coklat atau lirik lagu yang di hias cantik. tempah seminggu pastu akan dtg penghantar dari kelas ke kelas...kawan aku tempah bg kat diri sendiri pon ade. konon ade peminat.

aku bukan kalangan insan istemewa (oku) yang ramai peminat, bila dapat lirik ni berbunga gak la hati... ahahaha... layan jiwang aku kat tangga asrama blakang dewan makan... syahdu wooo... huhuhuhuhuhu... sampai skang aku tak pasti sapa yang bagi... poswoman(bukan posmen sebab die pompuan) yang sampaikan tu cakap ade la sorg budak pompuan(kalau laki aku da bakar da lirik tu) bagi, tapi budak pompuan tu nafikan. budak pompuan tu cakap si poswoman tu yang tuliskan dan bagi aku sebab nak rapatkan hubungan kami.... ahahaha.. lantak la.. janji aku rase bahgia bersama lirik itu...

papepon ia mmg kenangan buat aku...

bosan lagi..........

sok ari sabtu... arini(jumaat) ngan semalam(semalam) khamis aku mc... sakit mate, duk umah takde buat ape pon... bosan sebenarnya hidup ini... terasa seperti perjalanan hidup aku mendatar je... tak de klimaks pon... (kalau klimaks pon dalam mimpi je)... maksud aku hidup aku tak sehebat cerita bio-nik atau filem transformers... setiap hari aku merenung kereta aku... berharap die akan berkata2 dengan aku, dan bertukar menjadi robot... atau sekurang2nya kereta aku bole mengeluarkan pancaran laser...

kalau hari kerja, dari 8pagi sampai 5 petang asik mengadap org sakit, asik2 sakit lutut, sakit blakang, patah tgn... aku mengharap ade org datang pada aku dan dengan ceria ckp "saya tak sakit~~" tapi memang kerja aku merawat org sakit... aku cume berusaha, sembuh itu dari Allah...

setiap hari bekerja lg 10 menet pukul 5 ptg aku da tercongok depan punch card.. da nak dekat setaun aku keje, paling lewat tercatat kat punch card aku 17:08... itupon 2 kali je.. yang lain sume tepat kol 5... boss pon da tak larat nak tegur... die kuar bilik je tgk aku tgh peluk mesin punch card tu.. ade ke die ckp aku ngan mesin punch card tu adik beradik...

kenapa aku leh keje ni? padahal mase buat karangan sekolah rendah dlu, bidang ni tak pernah pon masuk dalam senarai... da mmg aku terpilih kot, aku ade kuasa penyembuhan dalaman... tapi tak pernah pulak aku mimpi jumpa lelaki berpakaian putih datang bg kuasa... kalau ade dapat gak aku masuk majalah mastika.. kat umah aku banyak majalah mastika, tuan rumah tinggalkan... ade gak la bace2 sket... majalah wanita pon ade.. tapi aku tak bace, sebab aku lelaki... aku minat bace majalah kereta ngan manga... "MANGA" ngan majalah "Mangga" tak sama k...

aku skang tgh lapo... tapi duk menaip lagi, sebenarnya tak tau nak cerita ape... nak cerita pasal jiran2 pon aku tak knal... yang aku tau jiran2 aku suke berbual dari dalam pagar umah memasing... kadang2 selang 2 rumah pon bantai borak separuh menjerit.. tak senonoh tol... tapi biar la, tukan kawasan umah die... aku tak bape tegur sgt ngan jiran... takkan ptg2 aku nak lepak2 ngan makcik2 bergossip lak... kalau di wujudkan komuniti kejiranan siber di internet mungkin aku akan menggauli(bercampur/berinteraksi watever la) mereka.. lagi pon bersosial di internet takperlu berketerampilan menarik, asal pandai menaip sudah... kadang2 keterampilan pon menjadi bahan penambah dosa org, modal tuk mengumpat... aku kadang2 jadik mangsa... pakai baju biru muda, suar kelabu ngan stokin kuning pon jadi sakit mate pada org lain... lantak aku la...

aku nak kongsi lagu ngan korg... muzik nice menangkap(catchy).. lirik sempoi... korg dengar la k... lagu ni ade kene-mngena ngan ape yang aku tulis (?)... er... aku pon tak tau ape yang aku tulis...


jgn kecewa buat gadis2...






majlis pertunangan aku dan nur diyana bte ibrahim... 14/6/09... doakan kebahagiaan kami...

bosan...

tiap2 pg bgn terkejut takut lambat pergi kerja... rupa2nya mmg da lambat nak gi keje... T_T

tora datang lagi...

assalamualaikum.... herk...da lama aku tak jenguk blog aku sendiri... tuan blog tak lawat, apetah lagi peminat kepada tuan blog... (mungkin dalam diam ade yang melawat blog ni setiap hari menanti post terbaru dari aku.. kih..kih..kih..) susah rupanya nak melibatkan diri dalam bidang penulisan... ni aku masuk menaip dalam ni pon atas permintaan sorg dari peminat setia blog ini, cik nur diyana bte ibrahim( tak lama lagi bergelar puan)... banyak perkara berlaku semenjak kali terakhir aku menulis kat sini, (ikut tarikh akhir post, 23 disember 2008).. cuma agak tak berpeluang nak menaip agaknya... bukan senang nak mengolah apa yang dilalui dalm bentuk penulisan gini... mungkin lebih senang kalau di filemkan atau, melalui lagu...

sejak lepas raya taun lepas aku kecik ati sedikit sebab kempen sejuta kad aku tak berjalan lancar... hampeh tol... seingat aku dapat dalam 3-4 kad raya je... lagi 999,996 kad nak capai kepada matlamat kempen aku.. yang aku ingat ade antar kat aku, cik diana kita (peminat setia yang saya sebut di atas) serta saudara abu bakar, penjaga warga emas... yang lg 2 tu tak ingat dari sapa...

selain tu banyak gak perkara yang berlaku pada aku... cam nampak accident kete... aku accident... pindah rumah sewa baru, men game nek lvl, dan yang paling besar peristiwa yang berlaku dalan hidup aku ialah majlis tunang... pada 14/6/09... dengan sapa? dengan peminat saya~~ hahaha... Nur Diyana Ibrahim...

majlis mase tu berjalan sungguh lancar... terlalu lancar dan pantas, hingga hanya beberapa keping gamba dapat di rakam... aku yang menyaksikan majlis secara "live" melalui siaran tajaan Yahoo Messenger(webcam ym) pon terkejut melihat ketangkasan nenek aku(memegang watak penyarung cincin) menyarungkan cincin pada jari tunang aku.. sedikit kecewa, majlis yang sepatutya menjadi kenangan indah tak dapat di semadikan dalam bentuk foto... ade la 4-5 keping, tapi gambar kabur... nenek aku laju sangat, mungkin beliau gementar agaknya...

huhu... tak ramai tahu aku tunang, tapi takpe la, sekurang2nya org ingat aku available... ahak ahak ahak.. dan insya Allah tahun depan aku ke jinjang pelamin... mungkin dalam bulan puasa kot majlis perkahwinan... untuk menjimatkan kos... wahahahahaha!

cerita disebalik lagu...



yuna tujukan lagu ini untuk aku setelah mendapat tahu aku telah bertunang... hayati perasaannya melalui penyampaian lagu ini... how sad she is... T_T

lagu..



just enjoy~~~ ska~~

Blog Widget by LinkWithin