arini dan semalam

arini aku gi shopping dengan dee... sepanjang hari rase nak ngamuk sebab jalan jem nak mati kat kl... ingat nak carik baju kat jalan tar... hampeh tol... sampai sana spender pon aku tak beli... da la paking mahal, sejam RM3... kalau 10 jam paking? giler...

dari shah alam pergi plak sunway piramid... kat sana saja jalan2 cuci mata, bersih abes mata aku dan pahala puasa aku arini... mmg aku cuci betul-betul... bebuka arini kat subway, makan roti dengan kepingan-kepingan daging... sedap wooo walaupon mahal T_T pas solat maghrib kat sunway piramid trus gerak...

last-last shoping kat shah alam. dapat la belikan ibu ngan adik pompuan aku jubah. takde la mahal. untuk ayah ngan adik laki aku, nanti aku nak belikan baju kemeja je kot... aku? baju bundle sehelai RM5 sudah. er... stop jap, lapa plak...


ok sambung balik. sampai mana kita tadi? pasal shoping?


aku nak cerita pasal semalam pulak. semalam aku 1st time gi buat locum (locum ni cam gi rawat pesakit kat rumah di luar waktu kerja rasmi la kiranya, dapat duit lebih. hehe). aku memang malas buat locum ni sebenarnya, on-call pon aku selalu tolak bagi kat member. tapi sebab orang da talipon 2-3 kali, aku terima la jugak. patient aku ni seorang lelaki berbangsa cina. kes geriatric(warga emas) closed fracture femur (patah tulang peha) je. post-ILN (inter locking nails)-masuk besi kat kaki.

kawasan umah die banyak anjing. mmg port kongsi gelap anjing la.
patient aku pon ade bela anjing gak. 2-3 ekor, besar-besar lak tu. naseb baik anak patient aku ade tolong halau anjing-anjing tu. ngeri gak aku. mase atas motor carik umah patient aku pon, da kene kejar ngan anjing.

da masuk umah, tengok patient, aku buat la
assessment serba ringkas. pastu ajar ape yang patut die buat. mase kat pintu pagar rumah nak balik, aku bincang la ngan anak patient tu tentang bayaran. aku mula letak harga sejam RM70, 2 kali seminggu. pastu anak die stat nego. anak die letak harga RM50 sejam atas perkhidmatan aku. mane bleh, RM70 da kira murah la tu. biasa sejam RM80 paling minima! mase aku nak cakap "saya tak setuju!!!" tiba-tiba aku rase ade bende duk usik-usik seluar aku dari belakang... aku pon toleh la...

sekali ade anjing hitam besar tengah cium-cium seluar aku!!! terkejut giler aku! aku baru nak sepak anjing tu, anak patient tu cakap kat aku
"takpa, lu bg dia cium, nanti dia kenal sama lu punya bau. lain kali datang dia suda kenal sama lu". palahotak die!!!!

dari nak cakap
"saya tak setuju" trus jadi "saya setuju je!!!"... pastu terus aku cepat-cepat stat moto, blah. dalam perjalanan balik aku terpaksa aku carik tanah nak samak seluar aku!!! tension betol!!! hanjing punya anjing!!?

pasni seminggu dua kali aku kene pergi tengok patient tu... takkan seminggu dua kali aku nak samak seluar aku? T_T

p/s :- aku bukan takut anjing, tapi kalau kene gigit mmg malang. kalau luka besar, nak kene samak dulu sebelom jahit luka tu. pastu kene amik suntikan anjing gila pulak. pedih woo! baik aku jatuh basikal dari kene gigit anjing! er... pegang anjing tak batal pose kan?

terawih yang terbatal...

*20 tahun yang lalu....

tersebutlah kisah di sebuah kampung di pinggir sebuah pekan di selatan tanah air, tinggallah seorang kanak-kanak comel berusia 5 tahun bersama ayah dan ibunya. dan malam itu, kanak-kanak comel itu telah menonton pengumuman tarikh permulaan puasa yang di sampaikan tidak lain dan tidak bukan oleh pemegang mohor besar raja-raja. maka gembiralah kanak-kanak comel itu kerana esok bermula puasa dan hantu-hantu sume da kene ikat. yeay! tak lama lagi raya!

oleh itu, esok bermula puasa, jadi malam ini bermulalah solat terawih. maka pergilah si kanak-kanak comel berlari-lari mengikut bapanya ke masjid untuk menunaikan solat terawih berjemaah. sebelom pergi ibunya sempat berpesan supaya jgn berlari-lari dalam masjid dan mengacau orang lain sembahyang.

sekonyong-konyong sampai di masjid, kanak-kanak comel yang beriman ini amik air semayang, dan masuk di saf terakhir, saf untuk mereka yang belum baligh dan belom bersunat. si kanak-kanak comel ini hanya mengikut apa yang orang lain lakukan, kalau ruku', maka ruku' la dia. kalau sujud, maka sujud la dia.

arakian ketika bgn rakaat kedua, terlihatlah si kanak-kanak comel itu satu perkara yang ajaib. di saf hadapannya berdirilah seorang pakcik yang berbadan agak besar memakai baju melayu biru ayu berkain pelikat. terlihatlah di mata kanak-kanak comel tersebut keadaan kain pelikat pakcik itu yang tersepit di celah punggung dan menampakkan lurah dendam yang dalam. pada fikirannya mungkin itulah yang di namakan 'ruang vacuum' ataupun itulah yang dikatakan teori
'black hole' ataupun bahasa melayunya lubang hitam. teori yang menerangkan kejadian lubang yang hitam dan menyedut apa sahaja objek yang berada berdekatannya. dan itulah yang berlaku pada kain pelikat pakcik tadi yang tersepit dan tersedut. genius kan kanak-kanak comel tersebut?

waima perasaan gundah melanda hati kanak-kanak comel itu, di hatinya terdetik, mungkin pakcik itu berasa tidak selesa dan tidak kusyuk menunaikan solat dengan keadaan kain yang tersepit itu. lantas si kanak-kanak comel itu pon membantu dengan penuh hikmah. beliau pergi kebelakang pakcik tersebut, dan perlahan-lahan menarik kain pakcik yang tercepit! =,=|||

tiba-tiba, melatah la pakcik empunya kain kerana terperanjat yang amat apabila terasa seperti ada sesuatu keluar dari celahan punggungnya! geli-geli sedap-seram rasanya. bila pakcik itu toleh kebelakang, terlihatlah seorang kanak-kanak comel tersengih-sengih sedang memegang kain beliau... maka terbatalah solat pakcik tadi...

walaubagaimanapun, balik rumah kanak-kanak comel pula kena marah... kesian... seperti kata pepatah, bagai melepaskan kain tersepit. pepatah yang kata, saya tak kata apa!







moral : kalau pakai kain pelikat jangan lupa pakai spender...

selamat berpuasa...

selamat berpuasa kawan-kawan...

tak leh taip panjang-panjang....

nanti habis tenaga... takut puasa tak sampai petang...

wahahaha!

baru pas sahur... zZzZzZzz...

KEMPEN SEJUTA KAD!!!!

salam ramadhan! salam lebaran!

sedar tak sedar ramadhan menjelma lagi. sedar tak sedar KEMPEN SEJUTA KAD telah kembali untuk tahun ke dua. pada mereka yang telah mengikutinya
tahun lepas (tahun lepas kurang berjaya =,=|||) pasti sudah tahu bagaimana untuk menyertainya. tapi bagi mereka yang baru, ini adalah satu kempen untuk memeriahkan lagi lebaran yang bakal menjelma!

KEMPEN SEJUTA KAD
adalah sebuah kempen bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim sesama kita. bukan niat untuk mengaut keuntungan. sekadar mengimbau kenangan lama dan tradisi yang hampir kita lupakan, iaitu mengutus kad raya.


masih ingatkah dulu bagai mana kita mengirim ucapan selamat hari raya? untuk cikgu, kawan-kawan, yang tersayang mahupun kekasih gelap? masih ingatkah masa sekolah rendah, semasa bulan puasa, kantin di jadikan tempat menjual kad-kad raya? masih ingatkah, kad-kad
raya yang kita dapat, kita gantung sebagai hiasan di rumah? semua ini hampir kita lupakan. teknologi meragut hampir separuh dari nostalgia lama. kini hanya ucapan lebaran melalui SMS dan MMS lebih popular. kenapa tradisi mengirim kad raya harus berkubur?

jadi, bagaimana menyertainya? mudah! cuma beli kad raya dan setem 30sen (tak sampai RM1 pon kosnya!) dan kad raya tersebut hantarkan kepada:-

MOHD ADIB BIN MAT ARIL

450, JLN USAHA 1,

TAMAN SRI LAMBAK,

86000 KLUANG JOHOR.

jadi bertindak lah sekarang! jangan tunggu sampai penghujung puasa! mari ramai-ramai menyertainya! jgn biarkan tradisi ini pupus begitu sahaja! jgn biarkan posmen duduk tak buat kerja! jgn biarkan hidup anda di selubungi misteri! dan target kita adalah untuk mencapai jumlah sejuta kad!!! (taun lepas dapat 5 je. hampeh!!) mungkin kempen ini tersenarai dalam Malaysia Book Of Record!

marilah bersama-sama memeriahkan lebaran yang bakal menjelma! marilah kita menyertai KEMPEN SEJUTA KAD!!!!
muahahaha!


p/s : kepada pengirim kad, jika anda ingin kad anda di balas, sila sertakan sekali kad dan sampul surat berstem serta beralamat sendiri dan di hantar bersama-sama kad kiriman anda.

puasa tahun lepas~

Amaran!!! jgn baca sambil makan!!! 18SX!!!!

***************************************************

tak lama lagi kita nak sambut puasa... aku teringat peristiwa yang menjadi cabaran terhebat aku dalam menjalani ibadat puasa taun lepas...

taun lepas aku dapat surat tawaran kerja goverment.. alhamdulillah... dan nak masuk kerja goverment kene la buat medical check up. kene wat x-ray, amik tinggi, berat, lebar, cek gigi, tekanan darah, saiz seluar bla.. bla.. bla... aku kene lapor diri kat seremban lagi seminggu nak raya... aku jenis suke buat kerja last minit, lagi seminggu nak lapor diri baru aku buat medical check up...

pas sahur hari tersebut, aku tak sambung tido da... aku gi tandas termenung(bak kata pepatah sambil termenung buang air.. hehe..), mandi, gosok gigi, sembur perfume, sikat rambut... "hensem anak ibu" kata ibuku... niat pergi awal supaya setel cepat.

sampai spital amik nombor. tunggu la gak dalam 15 menet, nama aku pon di panggil. die suh gi x-ray, cek gigi, cek mata, cek vital sign, cek air kencing pe sume. yang bab x-ray, gigi, mata, ngan vital sign tu takde hal.. dugaan hanya bermula apabila die bagi botol plastik kecil penutup kuning tuk di penuhkan dengan urine(air kencing) aku.

mula-mula aku gi tandas. aku tadah seberapa yang boleh. pastu malu-malu kuar dari tandas sambil bawak air kencing sendiri gi kaunter makmal... sampai kaunter kene reject sebab air kencing separuh botol je, die nak penuh.. adeh... patah balik ke tandas...

jenuh gak nak menunggu pundi kencing aku ni memproses urine... lagipon aku dah kencing sebelom mandi pagi tadi. mesti la pundi kencing aku da kosong... lagipon bulan pose.. mesti la badan menjimatkan air secara otomatik... 2-3 kali gak aku ulang-alik tandas ke kaunter makmal... 2-3 kali gak kene reject sebab urine tak penuh...

dalam tandas macam2 ikhtiar aku cuba... bersiul la... kunun-kunun nanti pundi kencing geli dan mengeluarkan air. pastu aku cerita bende-bende lawak kat pundi kencing aku sendiri, dengan harapan pundi kencing aku ketawa terbahak-bahak dan terkencing. pon tak berjaya. aku try gak la pujuk, cakap baik-baik, belai, tapi tetap tak mau. aku cuba membayangkan sesuatu yang indah... gadis seksi? owh tidak... nanti air lain yang keluar. tak pasal-pasal kene pose 3 bulan. lutut da lenguh mencangkung... nak meneran pon da kehabisan tenaga, yela... pose la katakan. da dekat sejam dalam tandas... takde tanda-tanda hujan akan turun...

ade gak terpikir nak gi sarapan pastu minum air berkarbonat banyak2. tapi bulan pose. nak mintak sket urine pengguna-pengguna tandas lain, geli plak... lagipon nanti masalah plak kat result aku. kuar result urine test kata aku mengandung. tak ke haru. last-last aku amik keputusan penuhkan botol urine dengan air paip. pastu serah kat kaunter makmal tanpa banyak bicara...

balik umah cerita kat diyana, die takut-takutkan aku. nanti result urine aku kene reject la, kencing kotor la, ape la... trus rase cam menyesal dan takut... huhuhu...

tapi seminggu pastu aku amik result, doktor cume pesan kurangkan minum air paip yang tidak dimasak... wahahahaha! selamat aku!




p/s : aku penah menghadapi ujian lebih getir dari ni. mase praktikal belajar dulu, puasa pertama aku kene attach tuk area women's health... sungguh besar ujian aku. seb baik tak kene wat VE.. ades...(kalau tak paham abaikan)

blog oh blog... goblog...

haha! arini aku tengok stat blog aku da lebih 1000 page da kene view. adakah ramai yang bace blog aku? tentunya tidak! hehe. ade ke yang membaca blog ni? yang aku pasti, diyana baca (aku paksa baca dan refresh 2-3 kali bagi stat viewers meningkat mendadak! ahahaha) aku rase dari jumlah 1000 tu, aku sendiri je 675 kali refresh kot. haha...gile...

blog ini untuk apa ya? aku pon tak pasti. aku menaip sebab ade mase terluang kot. takde ape yang menarik dalam ni.. yang pasti memang takde bahan ilmiah yang aku karang... saje syok sendiri. aku pon tulis pasal kenangan-kenangan yang berlaku pada aku. takut lupa di hari tua... ahahaha... mane la tau ade penyakit nyanyuk ke nanti... nak imbas balik kenangan bole la jenguk blog sendiri... tu pon kalau aku tak lupa link blog aku...

semenjak dua menjak tiga menjak ni aku kerja geledah blog org lain... macam-macam yang aku dapat dari bace blog mereka... ade yang menggunakan blog untuk menyampailan dakwah, ade yang menulis blog macam dairy, ade yang menulis blog untuk mengetengahkan pendapat... dan ade gak blog tuk bela kura-kura... hahaha... aku mmg suke bace pasal kehidupan orang lain... dan setiap org melalui bende yang berbeza dalam hidup mereka...

aku kagum pada semua penulis-penulis blog yang aku bace... banyak lagi blog-blog yang bagus aku lom selongkar. ade yang aku da follow... mereka sungguh berbakat dan kreatif...

dan membuatkan aku rasa nak delete blog yang tak best ini.... sekian...

warkah buat Lisa...


Lisa...
secantik nama mu...

menggambarkan keayuan wajahmu...
aku terperangkap bersama...
meniti hari-hari bahgia...
bersamamu Lisa...

Lisa...
mata mu bundar menyimpan seribu rahsia,
mata mu laksana cahaya menerangi malam-malam ku...

lenggok tubuhmu menjadi igauan mimpi ku...
kita bersama... meredah simpang dan liku-liku kehidupan...
oh Lisa...

Lisa... kau peluk diriku...
membuatkan ku selesa dalam dakapan..
ku genggam erat tanganmu..
kita meredah dunia...
bagai ia milik kita berdua...
ku belai seluruh tubuhmu.. hangat..
kulitmu putih licin...
membuatkan aku hanyut dalam khayalan...


Lisa...
kita sering bersua...

kau menemani ku hampir setiap masa...
ke mana jua...
setia mu di sisi ku umpama akan kekal selamanya...
betapa bahgianya kita...
melakar indah kenangan...
menyanyi bersama.. menangis bersama...
kadangkala tidur pun bersama...

kau lindungi aku dari hujan...
kau bersamaku dalam setiap perjalanan...
kau temani aku dengan nyanyian...
kau penuhi jiwaku dengan kelajuan...

ramai yang cemburu hubungan kita...
mereka tahu kemesraan kita...
mereka iri hati melihat kita bercumbu rayu...

sedang kita melayari keasyikan...
kita di uji dengan halangan...
kehadiran Dina menyapa pintu hatiku...
melukakan perasaanmu...

silap aku juga...
tak menghargai apa yang telah ada dalam pelukan...
terpedaya dengan nafsu dunia...
ku mimpikan Dina... sedangkan dia tak mampu ku miliki...

Lisa...ku tahu kau terluka...
ku tahu jiwamu merana..
sayang... maafkan aku...
kau lah terbaik buatku...
Dina tak mungkin menjadi milik ku...
aku sedar kemampuan ku...
ku lepaskan Dina... demi kasihku padamu...

Lisa... aku ingin setia pada mu...
jgn la kau terus menyesali dan terus meratapi hari-harimu...
jgn menghukum diri mu...
aku yang bersalah...
hukumlah aku...

Lisa... aku rindu sayang kamu...


kehadiran calDina hampir memusnahkan kebahagiaan kita..
memang dia telah menambat hatiku...
namun ku tak mampu...

sayangku Lisa...
janganlah kau pergi merajuk menjauhkan diri...
dirimu kelihatan kecil jika kau jauh dariku...
oh sayangku keLisa...

kemalangan semalam...


semalam jumpa tunang tersayang... jalan-jalan plaza alam sentral, shah alam... pastu jumpa la kedai jual permainan kawalan jauh. macam-macam ade. kereta kontrol, kapal selam kontrol, kapal korek kontrol, queen control. tapi hati tertarik nak beli helikotter kontrol!

yeah! dari zaman kanak-kanak aku mengidamkannya! dulu kecik-kecik aku dah berjanji kat diri aku, aku akan belajar rajin-rajin, dapat kerja best, gaji beso aku nak beli helikopter kontrol! sungguh naifkan aku ketika masih kecil... dan sampai sekarang aku masih naif kerana aku dah dapat blaja serajin-rajinnya, dapat kerja yang agak best, dan gaji beso sket je dari seorang penyamun dan aku dah beli helikopter kontrol!!

ya..kenaifan aku menyebabkan aku tinggal seringgit sejurus selepas aku membayar harga helikopter kontrol tersebut! aku termakan dakyah si penjual, katanya helikopter tersebut byk fungsinya... cam membantu dalam misi menyelamat, berjihad, bawa peluru berpandu... dan paling menarik ialah, helikopter itu boleh letak kamera dan di gunakan untuk mensekodeng! yeah! ini mmg apa yang aku mahukan! sambil memenuhi impian ku semasa kecil, ia juga dapat memenuhi impian ku setelah baligh! ahahahaha!

tunang tersayang disebelah dah tak di endah... sibuk membelai helikopter kontrol. sepanjang memandu balik ke seremban, mata asik menjeling ke arah kotak helikopter kontrol ku yang tersayang. takut-takut ade yang cuba mengambil kesempatan ke atas beliau...

sampai umah sewa kol 11 mlm, teruja... cas bateri... tak sampai 10 menet cas dah stat men sebab da tak sabar... mula-mula main dalam umah... atas tilam, kunun-kunun kalau terhempas takde la kemalangan teruk sangat... tapi dalam umah rase cam sempit la... juruterbang helikopter se hebat aku perlukan ruang yang besar tuk melakukan aksi akrobatik yang lebih mencabar...

dari dalam bilik aku beralih ke halaman rumah... angin malam sepoi-sepoi menerjah mukaku... seperti sedang memberi semangat kepadaku! segala persiapan rapi sudah sempurna. aku memulakan penerbangan... kipas helikopterku berpusing laju... helikopterku mula terangkat di udara... aku cuba mengawalnya sebaik mungkin. mula melepasi ketinggian 1 meter.. segalanya nampak lancar. tiba-tiba....!

tiba-tiba berlaku sesuatu yang diluar jangkaan..! helikopterku terbang liar dan buas! terhoyong-hayang! terbang dan menjunam melepasi dinding tembok yang separas dada seksiku malam itu yang tak berbaju! lalu mendarat cemas dalam halaman rumah jiranku! arrrrgggghhhhh!!!!

rase nak nyuruk! terdengar suara jiranku dari dalam rumah mengomel... dia sangka kucing main atas kereta kesayangan beliau. Miaw~~ aku berpura-pura... hehehe...

namun aku terpaksa menebalkan muka juga. pukul 11.34 malam... aku sehabis merdu, menjaga tonasi suara agar pitching tak lari...memberi salam...

"assalamualaikum~~~" sedap gak suara aku, mungkin pasni bole buat band nasyid kotemporari dakwah bermotif cinta wanita...

"bang, maafkan saya, saya Kapt. Adib terpaksa melakukan pendaratan cemas di halaman rumah anda kerana keadaan cuaca yang tidak menentu telah mengganggu penerbangan helikopter saya. sekali lagi saya memohon maaf sekiranya kejadian ini mengganggu abang sekeluarga dan menyebabkan trauma dikalangan anak-anak abang yang masih kecil. bole abang amikkan helikopter saya tu? saya yang menurut perintah."

abang tu tolong kutipkan, bagi kat aku. muke die sikit pon tak percaya dengan penerangan aku tadi.

aku amik helikopter kontrol aku dari abang tu lantas masuk rumah. tutup lampu. tido. sok keje.


p/s:kemalangan smalam menyebabkan bumper depan helikopter aku gugur... depan hancur... cermin depan pecah... side mirror tanggal... tapi arini masih berfungsi, tapi belum dapat diterbangkan dengan sempurna. aku akan berusaha. doakan kejayaan aku...

makcik kesedapan...

aku kerja di sebuah hospital. jawatan bukan doktor, cuma seorang fisioterapi. ape fisioterapi? ntah, ade org cakap tu nama band music. kerja aku merawat org sakit(ikut kondisi la) ade yang sesuai buat fisio ade yang tak. da nak dekat setaun aku kerja, macam-macam perangai manusia aku pernah jumpa.. kali ni aku nak kongsi cerita tentang salah seorang pesakit aku(kira salah kot kalau ikut medical law)...

aku ade seorang pesakit, seorang makcik umur 60-an. doktor diagnos
cervical spondylosis(sakit leher).... biasanya pesakit yang ade neck pain akan mengalami upper trapezius muscle spasm(otot kat bahu die keras), kalau patient camni taruk hotpack untuk reduce pain dulu, pastu ultrasound pon bagus jugak dan kalau ade radiating pain kat upper limb(tangan) die leh la wat cervical traction. itupon kalau tiada muscle spasm. dan tuk manage muscle spasm biasanya aku buat myofacsial release(MFR). die macam urut la, untuk melembutkan soft tissue dan reduce spasm. tapi sakit sket, try la google kat tenet carik pasal MFR. malas nak terangkan.

makcik ni punya cerita, die ade sakit leher dan ada
muscle spasm. aku taruk hotpack dulu, then buat MFR(urutan) tuk redakan ketegangan otot bahu die... nak di jadikan cerita mase aku urut tu, agaknya terlalu sedap + sakit, maka terkeluarlah dari mulut makcik tu....

"uh... uh... ah...ahhhh...." kesedapan makcik tu...

What The Fish!!!! da la aku rawat die dalam cubicle, tempat tertutup yang ade screen(langsir) keliling tu... kuat plak tu suara die mengerang kesedapan, da macam audio cite blue bunyiknya... (kawan aku la cakap, bunyik pompuan dalam cite blue mmg macam tu... uh.. ah... uh... ah... aku pon tak pasti btol ke tidak, korang tgk la sendiri tuk pastikan. aku tak pernah tgk~~)

" uh... sedap adik.... uh... bawah sket adik... sedap adik... uh... ahhh...." kuat plak tu makcik tu berbunyik...

Demm!!! siap mintak bawah sikit plak tu... aku rase tension. rase macam rendah giler maruah aku. aku da terbayangkan tohmahan-tohmahan yang bersarang dalam hati patient lain kat cubicle sebelah-sebelah... mesti diorang da fikir bukan-bukan... aku da pasrah... rase cam lelaki murahan lak... takkan aku nak cakap "diamlah makcik!!!!", cam kurang ajar la plak... aku terperangkap, walaupon aku tau makcik tu takde niat jahat memuaskan nafsu atau cuba memalukan aku, tapi aku rase seolah-olah...

T_T

aku... aku... hanya mampu menangis di sudut katil sambil cuba menutupi tubuhku yang gebu ini dengan selimut(imiginasi je ni)...

aku buat treatment laju-laju... tak sanggup nak dengar suara makcik itu kesedapan yang amat... da siap treatment, nak kuar dari
cubicle pon aku terasa malu giler... aku kuar dengan harapan masyarakat tak memandang serong pada aku... oh kejamnya dunia...

sebelom balik makcik tu jumpa aku dan senyum sambil ucap terima kasih... aku terasa seperti makcik itu tersenyum puas dan berterima kasih pada aku... argh!!! aku pon senyum ketat kat dia... ucapan terima kasih dan senyuman dari makcik tu membuatkan aku rase sesuatu... yang begitu membuatkan maruahku begitu
down!!!!

arghhhh!!! aku tensen tol kat makcik tu!!!! len kali jgn la mengerang!!!!!


gamba lucah...

syurga di bawah tapak kaki ibu...


nama ibu saya Raja Hamida bt Wan Samsudin. tapi bila saya bagitau kawan-kawan saya anak Raja, ramai yang tak percaya. saya sayang ibu saya. beliau baik orangnya.. arini saya nak cerita tentang 'syurga di bawah tapak kaki ibu'...

pernah di suatu masa dulu ketika saya masih bersekolah rendah, ibu pernah menghadiahkan syurga pada saya. mungkin ini bole di jadikan tips kepada anda yang ingin merasa sedikit gambaran tentang syurga... biar saya ceritakan kejadian tersebut dan mungkin bole di jadikan ikhtibar pada anda semua.

******

petang itu saya menonton tv cerita suria perkasa hitam penuh khusyuk. tgh seronok tgk tv, baru saya perasan, perut saya belum di isi. pagi tadi dah buang yang semalam punya, tapi lom replace yang lain. patut perut manja ni merengek-rengek... lantas saya ke dapur mencari rezeki(jengah periuk). sedap lauk ibu masak arini, ayam masak kicap. lantas dengan penuh rasa merendah diri saya menceduk nasi dan lauk. saya lihat ibu sedang membasuh baju menggunakan mesin.... terima kasih mesin basuh kerana mengurangkan sedikit beban kerja ibu...

lalu dengan penuh keimanan saya memulakan santapan(bahasa anak raja) dengan Bismillah...

selang duapulohempat saat kemudian, selesai la makan.. Alhamdulillah... lantas pinggan yang sudah licin itu saya bawa ke sinki... letak pinggan, nak cuci tgn... adeh... paip bersambung kat mesin basuh ibu tercinta la pulak... takkan nak tutup suis mesin basuh, tanggalkan getah paip yang bersambung pada mesin basuh, kemudian putar kepala paip mengikut arah jam, tunggu air keluar, basuh tgn, sabun, bilas, tutup kepala paip, sambung balik getah paip yang bersambung kat mesin basuh... susah kan? terlalu panjang procedur nya.

jadi saya mengambil jalan mudah, bukak kepala paip, tadah tangan dalam mesin basuh, cuci tangan sampai bersih, tutup air... mudah kan?

bila tgn da bersih, perut da kenyang, sambung tengok suria perkasa hitam... tengah seronok tgk tv, tiba-tiba terdengar suara ibu sayup-sayup dari dapur...

"ADIB!!!!! apsal ade nasik dalam mesin basuh ni?!!!"

"ntah" jawabku ringkas dari hadapan tv dalam posisi meniarap tanpa meninggikan suara kerana meninggikan suara kepada ibu bapa adalah amat di tegah Rasulullah... sambung tv tgk aku...

ibu muncul dari dapur, muka kepenatan membasuh baju. "kesian ibu" getus hati kecil saya. ibu berjalan menghampiri saya yang sedang enak meniarap menonton tv. ibu semakin hampir. ibu sampai sebelah saya, angkat kaki kanan, letak kat belakang saya, 'prap'... kaki kiri laju melangkah meneruskan perjalanan dan berlalu pergi ke ruang tamu tanpa menoleh sedikit pon ke arah saya... kejadian tak sampai 2 saat...

dan ketika itulah saya merasa betapa nikmatnya syurga... ketika tapak kaki ibu memijak belakang saya kerana basuh tangan selepas makan dalam mesin basuh beliau... oh ibu...

maafkan saya ibu... saya sayang ibu...


ibu... comelnya anakmu ini dari kecil hingga dewasa...


p/s : ibu mmg marah mase tu... T___T

indahnya...


Firman Allah S.W.T. yang bermaksud : “ Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya dan dijadikanNya di antara kamu (suami-isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir " - Ar-Rum : Ayat 21

Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)




Wanita diciptakan dari tulang rusuk lelaki, Bukan dari kepalanya, untuk mengunggulinya, Tidak juga dari kakinya untuk dipijak-pijak, Namun diciptakan insan bernama wanita itu, ... Dari sisinya untuk menjadi teman yang setara, Dari bawah lengannyauntuk dilindungi Dan dari kedudukan yang amat hampir dengan jantungnya untuk dikasihi...


petang yang bingung...


kol 5 tepat punch card. bawak moto laju-laju. sampai depan umah. nampak skateboard. berbaju kemeja. tuck in. seluar slack. kasut kulit. main skteboard. sekali ollie tak jadik. tak puas ati. try lompat batang penyapu atas lantai. gedebuk. jatuh depan umah. dengan pakaian kemas. ade jiran. malu gila. kalau pakai spender je, lagi malu.

sh*t! sumenya salah btg penyapu. sakit lutut ngan siku. bangsat btol. tensen. sape bodoh cipta skateboard. da la ade roda. mmg la senang tergolek, kalau org yang naik. ntah ape-ape tah. bukan best sgt pon men skateboard.

sekian...kisah petang yang bingung...


benda alah beroda bodoh ni la yang menyakiti dan memalukan aku...

teater sekolah tadika


nama saya Adib. saya bersekolah di Tadika Abim. saya seorang kanak-kanak comel yang riang-ria berumur 5 tahun. di sekolah saya ada ramai kawan. kawan saya ramai perempuan. mereka suke kawan dengan saya. hari ini saya nak cerita tentang teater di sekolah saya.

sekolah saya akan mengadakan sebuah teater kanak-kanak. teater ini diadakan sempena penutup sekolah akhir tahun. ustazah ingin memilih beberapa pelajar yang berbakat untuk berlakon. saya tak kesah sangat tentang teater tersebut... lagipon saya bukan jenis kanak-kanak yang gila glamour.

namun melalui pemerhatian, ustazah saya memilih saya memegang watak utama dalam pementasan teater tersebut. mungkin kerana kecomelan dan karisma yang saya miliki. saya memegang watak seorang hero. saya tahu, walaupon saya buat tak kesah, tapi saya akan terpilih. bertambahlah peminat saya selepas ini.

ustazah menerangkan jalan ceritanya pada saya, yang akan memegang watak hero, dan beberapa watak sampingan tentang perjalanan cerita yang akan di pentaskan pada majlis penutup sekolah tidak lama lagi. kisahnya mudah... cerita tentang seorang hero, iaitu saya, ternampak 3 orang pemuda sedang menyembah pokok... dan hero, iaitu saya, akan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar iaitu menyembah Allah. pemuda-pemuda tersebut berdegil dan hero, iaitu saya, akan memancung kepala mereka...

ceritanya ringkas dan penuh tauladan serta bermotipkan Islam. saya berasa sungguh bangga. mesti ibu saya turut berbangga. saya sudah terbayangkan teater ini akan keperingkat yang lebih tinggi, mungkin akan di pentaskan di istana budaya. nama saya akan terkenal di seluruh pelusuk dunia setaraf dengan pelakon harry potter.

balik dari sekolah saya ceritakan pada ibu saya. beliau begitu bangga dengan saya. malamnya saya tak dapat tidur kerana begitu teruja...

hari ini di adakan latihan pertama, seminggu menjelang hari pementasan. masing-masing mengambil tempat. hampir setiap masa saya menghafal dialog yang perlu saya ucapkan. mudah saja...

"wahai pemuda, kembalilah menyembah Allah. atau aku pancung lehermu..."

saya berdiri tegap, pedang plastik tersisip rapi di pinggang menunggu untuk dihunus ke leher pemuda-pemuda yang menyembah pokok.

"action" kata ustazah...

tiba-tiba segala dialog yang saya hafal ilang ntah ke mana. mulut terkunci. lupa ape yang perlu di lafazkan. suasana hening seketika....

"cut!" kata ustazah saya dengan lantang... riak wajahnya sedikit kecewa... harapnya saya mendapat peluang ke dua...

"adib, uatazah bagi adib pegang watak lain, watak utama ustazah bagi kat kawan lah ye..." pujuk ustazah..

hancur berkecai hati saya... air mata mula bergenang...

"adib jangan sedih, ustazah bagi adib watak yang lain yang tak kurang pentingnya..." hati saya berbunga kembali mendengar pujukan ustazah.

"takpe la tak dapat watak hero... ade lagi watak lain yang penting..." bisik hati saya...

*********

seminggu kemudian, di hari pementasan, ibu melihat saya dari bawah pentas. tercari-cari dimanakah anaknya yang comel itu...

diatas pentas kelihatan 3 orang kanak-kanak kelihatan seolah-olah menyembah pokok dan seorang lagi sedang mengacungkan pedang ke arah penyembah pokok itu... saya tak memegang watak hero (yang mengacungkan pedang) dan tidak juga memegang watak penyembah pokok... jadi apakah watak saya?

ustazah telah memberi saya watak lain yang tak kurang hebatnya... iaitu seorang pokok yang disembah...

ya... watak saya seorang POKOK... T_T

sekadar hiasan

tahniah sahabatku Amin...


Tahniah buat sahabatku, Noramin bin Hairon dan pasangan... sempurna sudah separuh agama mu... semoga berbahagia... kekal hingga ke akhir hayat... semoga dapat anak-anak yang ramai comel serta soleh dan solehah...


untung la ko min... tido da tak sorang-sorang lagi~~


Tarikh : 2 Ogos 2009
Alamat : 45, Jalan Perwira 1/8
Taman Titiwangsa
86000 Kluang
Persandingan : 12 tengah hari
Jamuan Mkn : 11 pg - 5 ptg

Blog Widget by LinkWithin