makcik

tadi aku tengok patient aku, seorang makcik kat ward. aku da follow up makcik tu hampir dua minggu. awal pertemuan makcik tu masih bole bagi respon bila aku bertanya. hari ketiga makcik da tak sedarkan diri. perlukan mesin untuk bantu dia bernafas. aku datang hari ini, anak die cakap...

"tadi doktor cakap mak akak dah takde harapan. mungkin sampai ptg, atau malam ni je...." katanya dalam sedu-sedan...

terdiam aku mendengar anaknya berkata begitu. aku? seperti biasa. aku biasa menghadapai situasi seperti ini. simpati? ya... tapi aku tak ekspresikannya... cuma aku berharap makcik tersebut sembuh dan panjang umur...

adakah aku akan berjumpa lagi makcik tersebut esok bila aku naik ke ward?

koleksi kad raya

kad raya dari kak maiyah...

kad raya dari miss siv


terima kasih. selamat hari raya kepada semua...

malam raya

malam itu boboi nekad. hatinya benar-benar terguris. ibunya tak memenuhi permintaanya. masih terngiang-ngiang suara ibunya berkata padanya sehari sebelum bermulanya puasa.

"boboi, kalau boboi puasa penuh tahun ni, ibu belikan boboi apa yang boboi nak..."

boboi kecewa, janji ibunya kini hanya tinggal janji. dia betul-betul nekad hendak melarikan diri dari rumah. dia mengemas beg, di isinya dengan pakaian. lengkap baju, seluar dan spender. cukup fikirnya untuk bekalan 3 hari. apa nak jadi, jadilah. dia benar-benar geram. malam itu, selepas berbuka, dia akan berangkat. dalam alunan takbir raya, boboi menggalas begnya. sebelum keluar die membritahu ibunya bahawa dia ingin lari dari rumah. ibunya tersenyum dan mengizinkan. pada malam raya itu, boboi melarikan diri dari rumah dengan keizinan ibunya...

hati boboi benar-benar pedih. sebulan lamanya die berusaha menahan lapar dan dahaga. sebulan lamanya dia menunggu janji-janji ibunya. namun, malam ini, di malam raya, di waktu takbir sedang di alunkan di masjid, boboi membawa diri. melangkah kaki entah kemana destinasi.

teringat lagi pertengkaran kecil yang berlaku pada petang tadi, puasa terakhir pada tahun itu...

"boboi nak jugak! ibu dah janji dgn boboi! kalau boboi puase penuh ibu nak belikan ape yang boboi mintak!!!" bentak boboi...

"boboi, bukan ibu taknak belikan ape yang boboi mintak, tapi..." halus suara ibu memujuk...

"takde tapi-tapi! ibu bohong!"

semakin boboi ingat, semakin pedih luka di hatinya. tak pernah die rase kecewa sebegini. pertama kali usahanya rasa seperti tak dihargai. pertama kali dia rasa seperti dipermainkan! dia da berusaha! dan dia rasa layak dapat apa yang dijanjikan!

kedinginan malam menerpa wajahnya. die melangkah semakin jauh. tiba di hadapan rumah makcik bibah, kira-kira selang 3 rumah dari rumahnya, terpandanglah boboi melihat anak-anak makcik bibah sedang bergembira bermain bunga api bersama keluarganya. mereka begitu gembira. hatinya tersentuh. dia teringatkan wajah ibunya penuh sabar mengejutkannya sahur setiap hari. teringat juadah berbuka hasil air tangan ibunya yang sedap hingga menjilat jari. terlalu banyak pengorbanan yang telah ibu lakukan untuknya. hatinya menjadi sayu...

sampai di bustop kira-kira 500 meter dari rumahnya, baru boboi teringat, dia tak bawak duit(takde duit pon)...

*********************************************

di rumah, ibu sedang sibuk menggantung langsir dan mengemas rumah. esokkan nak raya. tiba-tiba terdengar sayup-sayup dari halaman rumah suara anaknya memanggilnya.

"iiibbbbbbbbuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!"

di jenguk dari pintu, kelihatan anaknya yang berusia 5 tahun itu berlari-lari bersama beg sekolah tadikanya menuju kearah ibu dengan air mata bercucuran. si anak berlari dan terus mendapatkan ibunya. lantas di cium tangan ibunya sambil berkata...

"boboi maafkan ibu, walaupon ibu tak belikan boboi baju dengan topeng suria perkasa hitam, tapi boboi maafkan jugak ibu. boboi tak tau nak gi mana... selamat hari raya bu. boboi sayang ibu..." kata anaknya dalam sedu-sedan.

tersenyum si ibu melihat anaknya lelakinya itu. bukan tak sayang, tapi mana si ibu nak carik topeng ngan baju suria perkasa hitam permintaan anaknya itu. di biarkan saja anaknya lari rumah, si ibu faham sangat dengan perangai anaknya. merajuknya tak lama...

lagipon anaknya baru berusia 5 tahun, kemana hendak di tujunya malam-malam raya begini...

T_T

tagged

aku pemalas sebenarnya. tapi aku jawabkan jugak la tag yang di beri oleh Elyn...






1) APE YG ANDA RASE SEKARANG?
rasa seksi, berseluar pendek tak berbaju

2) RATE TAHAP KEEMOAN ANDA (1-5)
0.009

3) WARNA KESUKAAN ANDA?
hitam, putih, warna-warni

4) KALAU DIBERI PELUANG, ANDA MAHU JADI ARTIS?
xnak

5) BAGI SATU SIKAP YANG ADA PADA ANDA
pemalas

6) ANDA RASE ADE SESEORANG SEDANG MEMINATI ANDA?
7) KALAU ANDA BERDUKA APEKAH YANG ANDA AKAN BUAT?
drive kete laju2, lepak dalam almari

8) JIKA ANDA WANITA, BERAPAKAH MAS KAHWIN YANG SESUAI UNTUK ANDA??
1juta pound sterling

9) ANDA SUKA PEMBERI TAG INI KERANA???
suka sgt2. (len kali jgn tag lagi k T_T)

10) JIKA ANDA MENJADI PEMBERI TAG INI, APAKAH 3 PERKARA PERTAMA YANG AKAN ANDA LAKUKAN
mandi, gosok gigi, tido

TAG 7 MEMBER ANDA
1) NO 2 PERNAH JUMPE DGN NO 7?
adik beradik

2) NO 3 PENAH BERGADUH DGN NO 4?
pernah sebab berebutkan aku. haha

3) ADAKAH 1 DAN 6 BOLEH HIDUP BAHAGIA?
bole kot. haha

4) APE YG NO 5 PENAH BUAT KAT ANDA?
cium aku dalam mimpi..



sapa yang aku tag sila la buat. padan muka...



spek vs kontek lens

aku menaip blog ini dengan perasaan bosan mungkin hasil artikel ini juga bosan...

aku da lama rabun. mungkin sebab banyak membaca buku dan mengulangkaji pelajaran (btol!!) aku pakai cermin mata sejak pas sekolah, walaupon aku rabun sejak lahir. sekarang power cermin mata aku 300+... powerkan? aku suke pakai spek (cermin mata) yang nampak nerd, bingkai itam dan tebal. sebab spek, ade yang panggil aku 'speky'... lecturer aku panggil aku superman (miss mohana).. ade yang gelar aku 'budak kaca mata'. aku rase spek ni banyak kelemahan dari segi pemakaiannya. contohnya:-

1. makan makanan panas seperti sup. bila makan makanan panas, wap dari makanan akan menyebabkan spek aku kabur. menjejaskan selera dan kadang-kadang tersilap suap makanan ke hidung kerana tak nampak.

2. kuar dari tempat ber-aircon. ni juga menyebabkan spek aku berkabus.

3. susah bila pakai mask. aku kerja kat spital (bahagian pembersihan) so kene pakai mask, lagi-lagi kalau naik wad atau jaga icu. so bila pakai mask, wap dari nafas aku selalu buat spek aku kabur. kalau time pakai mask pastu bercakap, lagi la kabur. dengan sapa aku bercakap pon aku tak tau.

4. tak boleh di bawa menyelam. aku pernah mandi kat sebuah pantai di luar negara (acah mak enon!!) konon-konon nak carik cengkerang siput tuk dijadikan kenangan. mula-mula menyelam tak pakai spek, tak nampak pape. camne nak carik kulit siput kalau tak nampak. so aku pakai la spek dan menyelam. akibatnya, kulit siput tak jumpa, cermin belah kiri spek aku tanggal dalam air. naik darat pakai spek dengan cermin belah kanan je... siput babi tol.

5. tak bole bergaya ngan spek itam. aku ni tak bole silau atau kene cahaya matahari yang terik. (sebab aku putera lilin) nanti aku sakit kepala. so teringin gak pakai spek itam. baru tak silau dan nampak bergaya. aku pon beli la kat pasar malam spek ray-ban harga RM10 (nampak ori) tapi masalahnya, spek itam ray-ban tu mane ade power. kalau aku pakai, sama cam duduk dalam peti ais yang tertutup rapat. penyudahnya dee suruh aku pakai spek dua lapis. T__T pakai spek yang ade power, pastu pakai spek ray-ban. lu orang dapat bayangkan tak betapa badutnya rupa wa time tu?

6. spek ilang. bende paling susah nak carik pada aku ialah spek yang di letak merata-rata. da la tak pakai spek, tak nampak, nak carik plak spek yang aku taruk ntah kat mane. kat umah selalu gak aku mengamuk sebab carik spek tak jumpa. satu family aku kerah supaya menyertai misi mencari dan menyelamat. yang selalu jumpa spek aku, ibu aku. member aku mase kat asrama lagi best, aku tgh kalut carik spek die bleh cakap "ko try la miscall"

7. mase tidur. aku tidur biasa letak spek sebelah kepala, supaya nanti bgn tidur tak la aku menggagau nak carik spek. pernah terjadi, aku bgn je dari tidur, spek aku takde sebelah aku. carik-carik rupaknya bawah badan aku. spek aku mmg tak reti duk diam. sudahnya, patah kene hempap. pas kejadian tu kadang-kadang aku pakai je spek sambil tido. bila member aku tanya apsal tido tak bukak spek, aku jawab "takut nanti tak nampak pape dalam mimpi"

macam-macam lagi kelemahan memakai spek. kalau pakai spek takleh join askar. dulu ade satu funfair tu, aku nak masuk rumah hantu die, die suh tanggalkan spek. abes camne aku nak tgk antu? camne aku nak rase takut? kadang-kadang terlepas pandang awek seksi melintas sebab tgh sibuk lap spek gune baju. rugikan?

so, aku ambil keputusan nak pakai contect lens.

agak-agak ape keburukan pakai lens plak?

adakah aku akan bertambah hensem?

sekian. wassalam.


p/s : jika ingin komen, sila komen pasal artikel, dan bukan gambar ini.

pakcik...

kelmarin aku jumpa pakcik... pakcik nampak sakit. leher pakcik kene tebuk. pakcik kene intubate. ade trachy, pakai ventilator. wayar berselirat kat dada pakcik. pakcik nampak lemah. tapi bila aku nak treat, pakcik marah. pakcik tak suke aku datang. aku datang sebab nak tolong pakcik, biar pakcik cepat sehat. tapi pakcik marah lagi. aku sentuh pakcik, pakcik tepis tgn aku. last-last nurse ikat tgn pakcik kat katil. tu la nakal sangat...

semalam aku datang lagi jumpa pakcik. pakcik dah nampak sehat sket. wayar masih berselirat sana sini. tapi pakcik tak macam semalam. arini pakcik tak marah. pakcik sket pon tak memberontak. bila aku buat suction, pakcik diam je. bila aku tanya pakcik ok? pakcik angguk perlahan. aku cakap, pakcik kene buat senaman, nanti cepat sehat. aku tanya lagi pakcik, pakcik nak kuar wad tak? pakcik angguk. aku suke sebab arini pakcik baik. pakcik tak melawan bila aku nak rawat pakcik.

arini. bila aku datang lagi, keliling katil pakcik bertutup dengan tirai. aku ingat nurse tgh mandikan pakcik. tak sabar nak jumpa pakcik lagi. aku nak tengok pakcik sehat. semalam pakcik nampak bertambah baik. secretion semalam pon tak sebanyak hari pertama mase aku jumpa pakcik. aku pakai mask, aku pakai gown, aku pakai glove. aku masuk dalam tirai. aku tgk, da takde wayar kat badan pakcik. da kene extubate. keluarga pakcik ade keliling katil pakcik. mereka nampak sedih. aku tgk pakcik terbujur kaku. nurse tgh sibuk ikat dagu pakcik.

pakcik da takde rupanya... semlam aku tanya pakcik nak kuar wad tak, pakcik angguk... arini, pakcik mmg betul2 pakcik kuar wad. semoga pakcik aman disana...

Blog Widget by LinkWithin