penunggu public phone

malam itu malam jumaat. bulan mengambang penuh. jam menunjukkan pukul 11.00 malam waktu malaysia selatan. abid resah. malam-malam begini sepatutnya menjadi malam yang indah bagi mereka yang berkahwin. tapi abid belom berkahwin. die baru tingkatan empat. walaubagaimanapon abid sudah punya kekasih hati.

malam itu abid rasa kerinduan. hatinya meronta-ronta ingin bersama kekasih hatinya. tapi agama dan budaya membataskan. mane bole kuar dgn anak dara org malam-malam jumaat begini. nanti ape kata masyarakat.

jadi abid ada satu misi. dia ke bilik ibunya. menyelongkar beg duit ibunya mencari sisa-sisa syiling yang ade. tergamak beliau mencopet duit ibu kandungnya sendiri.

"ah! nanti raya mintak la halal" katanya membidas hujah tersebut... jumlah syiling yang berjaya dikumpul kira-kira empatbelashinggit dan tujuhpulohsen. "cukuplah ni" kata nya riang.

lalu di capainya kunci motor honda petak ayahnya. tujuannya hanya satu, mencari public phone (mase ni handphone masih sebesar batu-bata dan hanya orang betul-betul kaya je pakai). malam ini dia ingin mendengar suara kekasih hatinya dan meluahkan rasa rindu yang bersarang di dada.

malam yang sunyi dan ditemani salakan anjing yang sayup-sayup kedengaran itu di redah dengan penuh tabah. sedangkan lautan api sanggup direnangi, inikan pula jalan gelap dan sunyi di malam jumaat yang menakutkan.

"demi keranamu kekasih," katanya sambil tersenyum gedik...

motor honda petak ayahnya di kerah sehabis tenaga agar cepat sampai ke destinasi. public phone yang terdekat terletak di persimpangan masuk ke kampungnya. jauh jugak la. kalau sakit perut nak berak mmg tak sempat balik rumah. jalannya dikelilingi pokok-pokok besar yang amat menyeramkan. rumah jiran pon terletak jauh antara satu sama lain. meremang bulu roma abid yang penakut itu... tapi...

"demi keranamu kekasih," ulangnya lagi. memang gedik...

sampai sahaja di tempat yang di tuju, abid segera memasukkan syiling dan mendail no telepon rumah kekasih hatinya. lalu berbuallah si teruna bersama dara yang dirinduinya dengan suasana yang romantik. abid meluahkan rasa rindunya. lampu jalan di public phone menjadi saksi cinta. rancak berbual, sesekali terdengar suara abid tergelak manja, pas ketawa, menangis pulak, pastu ketawa balik. romantik gila!

sedang seronok abid berbual sambil bertenggek seperti ayam diatas motor, tiba-tiba abid rasa tak sedap hati. seolah-olah ada sepasang mata memerhatikannya. bulu tengkuknya meremang. abid gelisah. terbayang di fikirannya makhluk-makhluk hodoh yang biasa di tontonnya di dalam cerita hantu yang ditayangkan di televisyen raya tahun lepas.

angin malam yang berhembus disertai sahutan anjing mengisi latar belakang cerita. abid semakin ketakutan, teringat cerita-cerita seram dikampung tersebut yang pernah diceritakan ibunya semasa die kecil. cerita nenek kebayan, sudal bolong, pontianak harum sundal malam dan banyak lagi kisah misteri di kampung tempat abid tinggal. kampungnya mmg keras, tak banyak yang lembut.

die rasa seperti ade sesusuk tubuh berdiri betul-betul dibelakangnya. sedang memerhatikannya yang bertenggek di atas motor sambil berbual ditelepon. hatinya semakin kecut. abid panik, habis lupa segala ape yang dihafalnya dalam muqaddam. dia takut kene cekik, ataupon hantu isap darah kat tengkuknya. kalau hantu pompuan cantik takpe, kalau hantu bapok? abid mendiamkan diri, tahan nafas. petua yang diperolehi dari cerita-cerita hantu cina.

setelah 2 minit menahan nafas, abid rasa lembaga itu masih berdiri dibelakangnya. petua tak menjadi. abid semakin cemas. kali ini die kuatkan semangat. dengan lafaz bismillah die menoleh kebelakang...

lalu terlihatlah sesosok tubuh wanita berambut panjang berdiri tegak betul-betul dibelakangnya!

"hantu!!!" jerit abid. akibat terkejut yang teramat, dari posisi sedang mencangkung diatas motor terus abid terbaring terlentang atas tanah. maka ketawa mengilai lah si hantu melihat gelagat abid sedang
berbaring bersama-sama motornya diatas jalan raya.

"hihihihi! adik ok? sorila buat adik terkejut. akak da lama tunggu
nak guna public phone. akak nak tegur adik, tapi adik tgh sibuk berbual.
jadi akak biar jela. adik da suda guna talipon ni ke? hihihi"
kata 'hantu' tersebut.

perlahan-lahan abid bangun dari pembaringan dan beredar dari situ.

4 comments:

  deezanne

March 16, 2010 at 9:01 AM

hahaha padahal awk malu gile time jatuh moto tu~~~... da la tertonggeng depan awek malu gilerrr.. jatuh saham

  idap

March 16, 2010 at 9:34 AM

bukan saya

  Maiyah

March 17, 2010 at 7:24 AM

lama x hapdet yek..
hehe.. menate nyer hantu

  idap

March 17, 2010 at 8:05 AM

sibuk la kak mayah... hehe

Blog Widget by LinkWithin