jin...

salam nusantara... (sambil effect asap2 misteri menerjah sekeliling penulis...)

pernahkah anda melihat jin...?

pernahkah jin melihat anda...?

percayakah anda dengan kewujudan jin...?

dan percayakah jin dengan kewujudan anda...? (effect asap bertambah tebal...)

ntah kenapa malam yang dingin serta sunyi begini(ade ayen/membe umah men gitar sambil nyanyi lagu melayan perasaan, tapi aku bayangkan cam sunyi sebab nak amik feel tulis cerita seram) teringat aku pada peristiwa seram yang pernah ku lalui suatu ketika dahulu...

cerita bermula....

pagi yang suram, mendung menutupi langit, ketika aku menjalani latihan praktikal di hospital melaka semester terakhir... peristiwa ini berlaku pada diriku. seperti pagi2 sebelumnya, suasana suram dan penuh misteri pagi tersebut bagai tidak terkesan padaku yang telah bgn lambat untuk bersiap ke tempat praktikal. aku menunggang motorsikal yamaha lagenda, sesekali mendongak ke langit melihat apakah yang tersirat disebalik awan hitam itu... aku hanya menjeling sesekali, jika terlalu lama mendongak mungkin aku akan melekat pada kenderaan yang dtg dari arah bertentangan...atau mungkin meniarap disebalik semak...

alhamdulillah aku selamat sampai ke tempat yang aku tujui, dan selamat dari bebelan ketua department...(tak perasan aku lambat lagi,kawan yang awal dah punchkan kad aku). hari ini aku di tugaskan ke ward pediatrik... wad kanak2... bersama seorang fisioterapi, Pn.S (bukan nama sebenar) dan seorang rakan seperaktikal cik kecik(juga bukan nama sebenarnya)

pada mulanya tiada apa yang ganjil berlaku, melawat dari katil ke katil kayak seorang YB, hinggalah sampai ke bilik separa kuarantin di wad kanak2 hospital tersebut... nombor katil dan bilik aku tak dapat nak ingat kembali secara tepat... tapi di bilik tersebut terdapat 2 katil dan hanya satu dihuni... seorg kanak2 perempuan berusia lingkungan 11 tahun di temani ibunya... dari surat rujukan doktor, kanak2 perempuan tersebut di diagnosakan dengan keradangan selaput otak... namanya puteri(hampir kepada nama sebenar)... puteri ape aku tak ingat... yang penting kita enjoy~

melangkah ke bilik tersebut, tiada apa yang ganjil dari susun atur perabut dalamannya... bantal masih di tilam, lansir masih tergantung di tingkap... tiada tompokan darah di sana-sini, atau roh2 jahat berterbangan lagak drama bersiri seram kliwon... namun ade sesuatu yang seakan mengganggu perasaan ku... perasaan yang ganjil yang tak dapat di luahkan dalam bentuk taipan pada papan kekunci yang bakal terpapar di layar LCD.. (mahal tau skrin pc aku)... seakan suasana suram menyelimuti bilik tersebut...

"ini misteri..." bisik hati kecil ku yang kecil dan penakut...

Pn.S menerangkan pada penjaga kanak2 perempuan tersebut akan tujuan kedatangan kami untuk mengajar beberapa teknik pernafasan yang betul serta senaman2 asas seperti yang di pesan(order) oleh pegawai perubatan di surat rujukan. mereka saling berbalas pantun, saling menjual dan membeli... aku hanya memerhati... laksana menonton pementasan teater bangsawan lagak mereka... namun dalam indah bahasa, saling usik mengusik antara mereka dalam rangkap2 pantun yang saling berbalas seloka, perhatianku lebih tertumpu pada sekujur tubuh kanak2 perempuan yang berbaring di atas katil tersebut...

apa yang membuat tumpuan ku melakap kejap pada kanak2 tersebut? cantikkan orgnya..? halus mulus kah kulitnya?

bukan... bukan itu yang menarik perhatianku..(p/s aku bukan jenis yang korg pikirkan..yang bukan2..) tapi tingkah laku kanak2 perempuan itu sungguh misteri... matanya terpejam rapat, sambil mulutnya terkumat-kamit meracau2 bahasa yang tak dapat telingaku fahami dan kadang2 menangis. meronta2 asik memalingkan tubuhnya ke kiri dan kekanan, dan tangannya asyik menarik rambut lurus separas bahu... aku terfikir, ape yang berlaku... adakah budak itu sedang sibuk menghafal sifir? atau pon sebahagian dari latihan lakonan untuk pertandingan disekolah kelak? patient unconsious, budak tengah meracau camni suruh ajar senaman, gile punya dokter... oder pelik2... waklu!

aku bace kembali surat rujukan doktor... diagnosanya masih sama seperti yang ku baca awal tadi... masih keradangan selaput otak... aku terfikir beginikah simtom pesakit ini? cuba mengingat kembali kelas di kolej dlu sewaktuku tidur... argh..aku gagal mencari jawapan yang aku sendiri persoalkan... menyusahkan diri btul...

aku masih perlukan jawapan(sejak bila aku rajin carik jawapan?)... aku cuba mencuri dengar perbualan antara Pn.S dan ibu pesakit tersebut... dari bait2 syair yang dilagukan, aku dapat menganalisa bahawa kanak2 tersebut telah didampingi oleh makhluk halus... pakar2 perubatan batin turut berpendapat, kanak2 perempuan itu sedang disampuk... sampuk, santau dan sewaktu dengannya bukanlah istilah saintifik, dan tak mungkin pakar perubatan, atau pengamal2 perubatan sains menggunakannya untuk mendokumentasikan terhadap pesakit...

aku percaya dengan kewujudan jin...

tapi benarkah budak ini didampingi makhluk tersebut... aku benar2 ingin kepastian saat itu... aku tak mahu percaya membabi(H1N1) buta... aku mahu satu kepastian...

dari jarak kira2 satu meter dari katil tersebut, aku berkata dengan perlahan dalam hati kecil aku yang penakut,

"kalau kau jin ko tgk mata aku!"

budak tadi masih meracau seperti tadi, matanya masih terpejam. mak budak ni kelentong nih..

"kalau kau jin ko tgk aku!" aku ulang beberapa kali di dalam hati... aku ulang dalam hati dengan suara yang perlahan, sebenarnya takut gak, kang jin tu dengar... wahahaha...

aku masih tak berpuas hati, aku melangkah kedepan... berdiri betul2 di hujung katil di bahagian kaki kanak2 perempuan itu... benar2 hampir... aku ulang dialog yang sama...

"kalau kau jin ko tgk mata aku!"

cukup 3 kali aku menyeru begitu, budak perempuan tu berhenti menangis dan meracau, kaki dan tgnnya tegak seolah2 sedang berkawat... dan matanya MERENUNG TEPAT KE MATA KU!
(aku da cakap sehabis perlahan da dalam hati, camne die bole dengar ni? T_T ) ini sewies!~~

jatuh cintakah aku? oh tidak! renungannya benar2 berbeza... bukan renungan biasa, renungan tajam dan menyeramkan... lutut aku terasa longlai, rase cam tertanggal skru2 di kaki aku... tapi aku gagahkan diri, aku tenung balik, sambil dalam hati cuba membaca surah yang aku hafal(tajwidnya kompom lintang pukang) dan menyanyikan beberapa buah lagu nasyid... aku membalas renungan itu... renungan yang tajam,seram seolah2 marah dan dendam....

tiba cik kecik, kawan sepraktikalku menegur, "eh, die tgk kau la" (baca dialog tersebut dengan mengecikkan suara) bertambah longlai lutut... aku kumpulkan kekuatan ku yang kini bersepah2 dan hanya sebesar zarah... aku melangkah keluar dari bilik itu... aku benar2 takut, namun tidak sampai ketahap kekencingan... pengalaman aku berjumpa direct begitu.. walau bukan dalam bentuk sebenar jin tersebut, tetapi mmg menyeramkan!

balik ke dapartment aku ceritakan pada cik kecik, die terkejut... pada aku benarlah budak itu dirasuk sesuatu... samada korang nak percaya atau tak terpulang... dan mase aku balik petang hari tersebut, aku risau kalau2 die ikut aku balik~~ wuwuwuw~~ T_T

sebenarnya kita tak perlu takut dengan jin, jin adalah makhluk Allah... tiada yang berkuasa selain Allah... untuk belajar lebih lanjut, rujuk kepada ustaz2 dan ulama'...

sekarang ni, bila aku pikir2 balik... kan bagus kalau mase tu aku cakap "kalau ko jin, ko ikut senaman yang aku buat... 1..2...8... 8 lagi..." T_T






p/s : mase aku tulis ni pon, meremang bulu peha aku ingat balik kisah tu

3 comments:

  nazren

July 27, 2009 at 5:33 PM

kalau betul kau jin...cube jilat siku kau... ahahaha

  Dila

July 28, 2009 at 8:23 AM

hehehe...siot seraaaammms

seb baik aku baca lompat..sbb aku neh penakot tahap maximum gaban suria baja itam

  idap

July 28, 2009 at 8:44 AM

seram, ko seram secara membuta tuli... cuba ko alami dlu... kalau org kene rasuk try ko buat cam aku(aku takkan buat lagi da kot pasni)

Blog Widget by LinkWithin