Si Kacak dan Perempuan ________?

tadi aku ade terbace kisah Wanita Cantik Dan Si Kacak dalam entry terbaru rakan blog aku... tiba2 aku teringat peristiwa yang pernah aku alami satu ketika dulu... so aku pon start la menaip entry baru bertajuk

'Si Kacak dan Perempuan ______ ?'

kenapa aku pilih tajuk ni? aku meniru karangan rakan aku kah seperti yang aku nyatakan di perenggan atas? (kalau meniru pon bukan cikgu marah) atau aku kah yang rakan aku maksudkan sebagai 'si kacak' di dalam blognya? nak tau? teruskan membaca...

kejadian ni berlaku semasa aku belajar kat Kolej Islam Johor(tak abes blaja pon) 4-5 tahun yang lalu, di johor bahru... aku duk umah sewa..
pada suatu hari tu, dalam kol 1 pagi gak la,aku tgh lepak2 kat umah sambil menghabiskan kerja sekolah yang ada dan mengulang kaji pelajaran(ni tipu...) aku rase tekak cam haus la plak... ye la, mungkin sebab terlalu tekun belajar... jadik aku pinjam la moto kawan aku ni, nak pergi kedai tujuh-sebelas (seben eleben)... dengan hanya berbaju t-shirt ringkas dan berseluar pendek, aku tetap kelihatan cantik...meredah kedinginan malam menaiki motor... terasa angin malam menerpa laju masuk ke seluar ku(wahahaha).

aku terasa damai sekali...
tiada apa yang berlaku di sepanjang perjalananku ke 7e.. tiada di ganggu makhluk2 halus atau makhluk2 lembut... semuanya lancar sekali...

sesampai tempat yang aku tuju, aku pon tongkat la motor... sebaik je aku turun dari motor aku terdengar suara...

"dik.. adik..."
suara pompuan..

dari mana datangnya suara itu?


"dik..." terdengar lagi suara tadi...

suara siapakah itu? aku toleh kiri kanan, aku sorg je duk tercongok berdiri depan 7e. keadaan jalan raya lengang... hanya beberapa org kelihatan, tu pon dalam 7e.. takkan akak cashier 7e tu plak panggil aku? aku pon terfikir, hantukah? aku mula membayangkan... mata merah, muke hodoh, rambut panjang bertaring dan berbaju putih...


"ah, tak mungkin" kataku dalam hati sebab aku bukan tulis cerita seram tentang hantu, tapi pasal Si Kacak...

"dik..."

aku pon mencari2 datangnya suara itu... oh dari dalam kereta Kembara yang parking sebelah motor aku... kelihatan seorang perempuan... cantik? ntah la... mungkin... kalau aku kata 'ya' korang kata aku mata keranjang... kalau aku kata tak cantik, nanti korang kata balik kat aku 'cam ko cantik'... kalau aku kata benci tgk pompuan, korang kate aku gay pulak (T_T) perempuan yang agak cantik itu aku rasakan umur pertengahan 30-an berbaju merah(kalau tak silap aku) fesyen berlapang dada(fesyen baju dedah bahagian dada(yang ni aku tak mungkin silap)) sedang memandangku...

"akak panggil saya ke?" tanyaku sambil menundukkan muka... tidak mahu melihat maksiat..

"adik bole tolong akak tak"
pertanyaanku di balas pertanyaan...

"tolong ape kak?" tanyaku dengan sedikit semangat kejiranan...

"akak kene kejar org jahat dik... akak takut... tolong teman akak balik dik..." katanya merayu padaku, sambil sesekali matanya separa tertutup sambil tangannya mengusap2 leher dan nafasnya mendengus2 halus, seperti sedang ghairah...

ape? GHAIRAH? ye... gayanya mmg sedang ghairah... tapi aku pelik, takkan beliau berasa ghairah dikejar penjahat? ini luar batas normal jarak pemikiran aku!

"tolonglah akak dik... akak dalam bahaya ni...teman sampai umah akak kat bandar baru uda je dik..."

sebenarnya aku yang dalam bahaya... jauh jugak bandar baru uda tu dari umah sewa aku, dalam 15-20 menet perjalanan...


"tapi kak.. saya pinjam moto kawan ni... jap lagi die nak guna..." aku memberi alasan...

"takpe, adik pergi hantar moto kawan adik... akak ikut adik dari belakang, akak amik adik balik umah akak..."


alamak... camnne ni? aku terdiam... diam dan berfikir... fikir ape pon aku tak tahu...

"tolonglah dik... akak merayu sangat... nanti akak bayar..."
katanya dari dalam kereta sambil menggayakan aksi-aksi ghairah yang kini lebih panas... tangannya menjalar ketubuhnya sendiri... mengusap-usap, meramas-ramas seperti begitu dahagakan belaian...

What The Fish??!!!
dia siap nak bayar aku tu! haruskah aku mengikutnya pulang ke rumah atas dasar ingin menyelamatkan seorang wanita dari penjahat? haruskan aku berkorban demi melindungi kaum yang lemah ini? atau atas dasar duit yang bakal aku terima setelah misi menyelamat berjaya? aku mungkin akan dipandang tinggi oleh masyarakat kerana keberanianku menyelamatkan seorang wanita dalam bahaya dan mungkin muka aku akan terpampang di muka hadapan akhbar keesokkan harinya dengan tajuk utama "Lelaki Gagah Penyelamat Wanita!!!" itu dari sudut positif...

mari kita kaji pula kesan-kesannya dari sudut negatif. haruskah aku mengikutnya pulang ke rumah atas dasar ingin menyelamatkan seorang wanita dari penjahat? haruskan aku berkorban demi melindungi kaum yang lemah ini? atau atas dasar duit yang bakal aku terima setelah misi menyelamat berjaya?dan rupa-rupanya perempuan tersebut memerangkap aku... kemudian aku di ikat dan diperkosa/atau diliwat beramai2 oleh teman2 lelaki wanita itu yang menggunakan wanita tersebut untuk mencari mangsa yang naif sepertiku. kemudian aku dipandang hina masyarakat dan mungkin muka aku tertampang di muka hadapan akhbar keesokkan harinya dengan tajuk utama "Lelaki Jambu Di Perkosa Wanita Dan Diliwat Rakan2 Lelaki Wanita Itu" (panjang gile tajuk akhbar..)

Ya Allah... dugaan apakah yang Kau beri pada hamba Mu ini...? tiba-tiba aku teringat wajah bonda tercinta di kampung... oh ibuku... bantu anakmu ini... lalu aku kuatkan tekad... menyusun ayat sebaik mungkin menolak permintaan tolongnya (ape ayat ni?) agar die tidak berkecik ati dan aku terlepas dari apa-apa risiko...


"mintak maaf kak...saya memang nak tolong teman dan ikut akak balik, tapi ibu saya tak kasik keluar malam-malam..."
jawabku lalu beredar membeli air dan terus balik kerumah meninggalkan wanita tersebut dalam keadaan sebegitu di tengah kedinginan malam... oh ibu...

so sekarang korang lengkapkan la tajuk diatas... isikan tempat kosong dengan perkataan yang sesuai...

Si Kacak dan Perempuan ________.

a) lemah
b) gila
c) cantik
d) gersang




sekadar hiasan




*p/s:- cerita ni betul2 terjadi kat aku, cuma di ubah suai sikit supaya nampak lebih menarik dan santai dan korang da tau la kan siapakah 'Si Kacak' tersebut... hahaha...


10 comments:

  Dila

July 29, 2009 at 5:13 AM

tajuk dia..si tak kacak dan perempuan tak cantik...ok?

  idap

July 29, 2009 at 5:19 AM

tak bley... si kacak tu mmg tak bole di ubah... da mmg dari kecik...

  amman

July 29, 2009 at 5:30 AM

This comment has been removed by the author.
  amman

July 29, 2009 at 5:31 AM

si kachak (ke?) dengan perempuan jadian

  nazren

July 29, 2009 at 5:31 AM

x boley blah... haha si kacak dan perempuan berkerjaya ok?

  Lady D'yot

July 29, 2009 at 5:51 AM

jwpn sy d..pmpuan grsang..uhuhu..pmpuan gle seks ke..uhuhu..

  idap

July 29, 2009 at 5:51 AM

malam kejadian sesampai di rumah aku cerita kat nazren dan beberapa org kawan lain

  idap

July 29, 2009 at 5:53 AM

nard elainy- ape pon jawapan tetap btul... haha... aku tak taruk tajuk penuh nanti kontroversi

  deezanne

July 29, 2009 at 6:43 AM

tajuknye~~ tiade tajuk yg seswai!!!
No Tittle

  drama^_^queen

August 12, 2009 at 4:03 AM

si xkacak dan prmpm skt jiwa

Blog Widget by LinkWithin