tora datang lagi...

assalamualaikum.... herk...da lama aku tak jenguk blog aku sendiri... tuan blog tak lawat, apetah lagi peminat kepada tuan blog... (mungkin dalam diam ade yang melawat blog ni setiap hari menanti post terbaru dari aku.. kih..kih..kih..) susah rupanya nak melibatkan diri dalam bidang penulisan... ni aku masuk menaip dalam ni pon atas permintaan sorg dari peminat setia blog ini, cik nur diyana bte ibrahim( tak lama lagi bergelar puan)... banyak perkara berlaku semenjak kali terakhir aku menulis kat sini, (ikut tarikh akhir post, 23 disember 2008).. cuma agak tak berpeluang nak menaip agaknya... bukan senang nak mengolah apa yang dilalui dalm bentuk penulisan gini... mungkin lebih senang kalau di filemkan atau, melalui lagu...

sejak lepas raya taun lepas aku kecik ati sedikit sebab kempen sejuta kad aku tak berjalan lancar... hampeh tol... seingat aku dapat dalam 3-4 kad raya je... lagi 999,996 kad nak capai kepada matlamat kempen aku.. yang aku ingat ade antar kat aku, cik diana kita (peminat setia yang saya sebut di atas) serta saudara abu bakar, penjaga warga emas... yang lg 2 tu tak ingat dari sapa...

selain tu banyak gak perkara yang berlaku pada aku... cam nampak accident kete... aku accident... pindah rumah sewa baru, men game nek lvl, dan yang paling besar peristiwa yang berlaku dalan hidup aku ialah majlis tunang... pada 14/6/09... dengan sapa? dengan peminat saya~~ hahaha... Nur Diyana Ibrahim...

majlis mase tu berjalan sungguh lancar... terlalu lancar dan pantas, hingga hanya beberapa keping gamba dapat di rakam... aku yang menyaksikan majlis secara "live" melalui siaran tajaan Yahoo Messenger(webcam ym) pon terkejut melihat ketangkasan nenek aku(memegang watak penyarung cincin) menyarungkan cincin pada jari tunang aku.. sedikit kecewa, majlis yang sepatutya menjadi kenangan indah tak dapat di semadikan dalam bentuk foto... ade la 4-5 keping, tapi gambar kabur... nenek aku laju sangat, mungkin beliau gementar agaknya...

huhu... tak ramai tahu aku tunang, tapi takpe la, sekurang2nya org ingat aku available... ahak ahak ahak.. dan insya Allah tahun depan aku ke jinjang pelamin... mungkin dalam bulan puasa kot majlis perkahwinan... untuk menjimatkan kos... wahahahahaha!

5 comments:

  deezanne

July 22, 2009 at 9:08 AM

mane gamba2 ternaru en.adib?

  idap

July 22, 2009 at 9:14 AM

sabar ye... nanti saya akan uploadkan gamba2 'ternaru'... insya Allah nanti dapat tgk gambar tunang...

  Lady D'yot

July 24, 2009 at 6:10 AM

tahniah..tahniah..

  idap

July 24, 2009 at 7:34 AM

terima kasih nad... doakan kebahagiaan kami

  deezanne

July 27, 2009 at 8:12 AM

cane leh salah tulis ni wawawa

Blog Widget by LinkWithin