peristiwa berdarah sekolah rendah!!!!

peristiwa berdarah sekolah rendah masih segar di ingatanku... walaupon sudah lebih 17 tahun berlalu... peristiwa berlaku ketika ku bersekolah darjah dua...

pagi itu..indah seperti biasa...tidur yang lena terganggu dengan pukulan padu bapaku di belakang badan sebab tak bangun tidur lagi... aku tak marah... kalau tidak kerana pukulan aku tak mungkin menjadi insan berjaya yang pergi sekolah...

mandi, berus gigi, pakai baju, sikat rambut, pakai bedak kat muka, tengok cermin, hensem...kompom...


pergi sekolah naik van... sesi pagi bermula seperti biasa... rakan2 ku ditempat masing2 dan aku berdiri diatas kerusi di tempat ku kerana tak hafal sifir4.. ah...aku sudah biasa begini, berada di tempat tinggi membuatkan aku berasa seperti juara di atas podium...

kol 9.30 loceng pon berbunyi... tiba masa subjek paling aku gemari... REHAT... masa tuk makan dan masa ni la nak main ceper, main galah panjang, main kawin-kawin.. tapi hari peristiwa berdarah tersebut tidak seperti rehat hari biasa...


peristiwa berdarah sekolah rendah....


ketika re
hat hari tersebut, aku sedang main kawin-kawin dengan 'gadisku' ketika itu, di belakang tandas... permainan baru hendak sampai ke kemuncak... tiba-tiba datang seorang rakan sekelas ku dengan muka saspen...(kacau tol, kami baru plan nak ada cahaya mata)

"ini serius..." katanya tercungap-cengap setelah penat berlari.. dari riak air mukanya aku pasti dia tidak mempermainkan perasaan ku yang mudah terguris ini...


"kenapa?" tanyaku lembut...


"aku nampak ade tompok-tompok darah dalam kelas kita!"


ini benar-benar serius... aku mengajak beberapa lagi rakan penyiasat ku ke tempat kejadian... BENAR! aku dapati banyak tompokan darah di kelas ku... bermula
dari tempat duduk seorang gadis sekelasku... aku dan rakan-rakanku mula menyiasat... kami mengikut jejak darah tersebut... bermula dari tempat duduk gadis sekelasku.. kami mengikutinya... keluar di pintu belakang bilik darjah hingga kami menemui jalan buntu, jejak darah tersebut bersambung ke dalam tandas perempuan...

"camne ni?" tanya rakanku yang menjawat jawatan Penolong Penyiasat ketika itu...

aku diam... apa yang harus aku lakukan... perlukah aku memasuki tandas perempuan tersebut dan meneruskan siasatan? tidak
... aku tidak akan memasuki tandas perempuan, ini prinsip hidupku! bagi ku memasuki tandas perempuan seumpama mencabuli hak wanita!

cerita penemuan tompokan darah tersebar di kalangan pelajar-pelajar kelas lain.. sekolah menjadi kelam-kabut... ada yang berlari tidak tentu arah, ada yang menangis ketakutan, ade yang masih makan di kantin...


bermacam-macam spekulasi yang aku dengar. ada yang mengatakan rakan sekelas ku di makan hantu tandas! ada pula yang mengatakan bahawa rakan sekelasku telah di tikam. dan paling aku tak boleh terima ada yang menuduh rakan sekelasku pengebom berani mati!


aku buntu... aku perlukan bantuan dari cikgu... lantas kami bergegas mencari cikgu kelas kami. ketika kami melaporkan kejadian peristiwa berdarah
itu, muka cikgu tenang... setenang wajah seorang ibu... lalu die mengambil sesuatu dari tas tangannya, sesuatu seperti sampul surat.. mungkin azimat, bisik hati kecilku...dan mengikut kami ke tandas tempat dimana penyiasatan kami terbantut...

cikgu memasuki tandas dan hilang dari penglihatan...

loceng berbunyi lagi... tamat waktu rehat...

kami masuk ke kelas semula sebelum disuruh berdiri diluar kerana lambat.. dan penyiasatan kam
i tertangguh... peristiwa berdarah itu menjadi misteri...

*******


itu 17 tahun yang lalu... tapi kini, aku rase aku berjaya merungkai misteri yang berlaku ketika kejadian hari berdarah sekolah randah itu... dari ilmu biologi yang di belajar ketika sekolah menengah... bab sistem pembiakkan, kitaran haid wanita dan peringkat awal perempuan memasuki alam remaja seawal umur sekolah rendah.. baru aku sedar, mungkin rakan gadis sekelasku itu, yang di sangka di makan hantu tandas pertama kali datang bulan dan tidak membuat persediaan(takde pad) lalu panik dan pergi ke tandas pompuan...dan darah itu miliknya.. patut beliau masuk kelas muka pucat dan tertunduk malu...

oh...manelah aku tau...




perhimpunan tergempar kerana satu sekolah ketakutan...

p/s: seb baik aku tak colet darah tu dengan jari dan rase dengan lidah macam dalam cerita-cerita penyiasatan yang aku selalu tengok kat tv... huhuhu....

4 comments:

  deezanne

July 30, 2009 at 2:43 AM

darjah 2 da period ke?? cepatnye wuwuwuw~~~~~~~~

  Lady D'yot

July 30, 2009 at 3:37 AM

hehe...comei2...klaka la

  nazren

July 30, 2009 at 6:59 AM

owh...

  lourvetravel

June 7, 2012 at 2:17 AM

pernah dgr cerita ni..time tu mmg scary je..haha

Blog Widget by LinkWithin