malam itu boboi nekad. hatinya benar-benar terguris. ibunya tak memenuhi permintaanya. masih terngiang-ngiang suara ibunya berkata padanya sehari sebelum bermulanya puasa.
"boboi, kalau boboi puasa penuh tahun ni, ibu belikan boboi apa yang boboi nak..."
boboi kecewa, janji ibunya kini hanya tinggal janji. dia betul-betul nekad hendak melarikan diri dari rumah. dia mengemas beg, di isinya dengan pakaian. lengkap baju, seluar dan spender. cukup fikirnya untuk bekalan 3 hari. apa nak jadi, jadilah. dia benar-benar geram. malam itu, selepas berbuka, dia akan berangkat. dalam alunan takbir raya, boboi menggalas begnya. sebelum keluar die membritahu ibunya bahawa dia ingin lari dari rumah. ibunya tersenyum dan mengizinkan. pada malam raya itu, boboi melarikan diri dari rumah dengan keizinan ibunya...
hati boboi benar-benar pedih. sebulan lamanya die berusaha menahan lapar dan dahaga. sebulan lamanya dia menunggu janji-janji ibunya. namun, malam ini, di malam raya, di waktu takbir sedang di alunkan di masjid, boboi membawa diri. melangkah kaki entah kemana destinasi.
teringat lagi pertengkaran kecil yang berlaku pada petang tadi, puasa terakhir pada tahun itu...
"boboi nak jugak! ibu dah janji dgn boboi! kalau boboi puase penuh ibu nak belikan ape yang boboi mintak!!!" bentak boboi...
"boboi, bukan ibu taknak belikan ape yang boboi mintak, tapi..." halus suara ibu memujuk...
"takde tapi-tapi! ibu bohong!"
semakin boboi ingat, semakin pedih luka di hatinya. tak pernah die rase kecewa sebegini. pertama kali usahanya rasa seperti tak dihargai. pertama kali dia rasa seperti dipermainkan! dia da berusaha! dan dia rasa layak dapat apa yang dijanjikan!
kedinginan malam menerpa wajahnya. die melangkah semakin jauh. tiba di hadapan rumah makcik bibah, kira-kira selang 3 rumah dari rumahnya, terpandanglah boboi melihat anak-anak makcik bibah sedang bergembira bermain bunga api bersama keluarganya. mereka begitu gembira. hatinya tersentuh. dia teringatkan wajah ibunya penuh sabar mengejutkannya sahur setiap hari. teringat juadah berbuka hasil air tangan ibunya yang sedap hingga menjilat jari. terlalu banyak pengorbanan yang telah ibu lakukan untuknya. hatinya menjadi sayu...
sampai di bustop kira-kira 500 meter dari rumahnya, baru boboi teringat, dia tak bawak duit(takde duit pon)...
*********************************************
di rumah, ibu sedang sibuk menggantung langsir dan mengemas rumah. esokkan nak raya. tiba-tiba terdengar sayup-sayup dari halaman rumah suara anaknya memanggilnya.
"iiibbbbbbbbuuuuuuuuuuuuuuuu!!!!"
di jenguk dari pintu, kelihatan anaknya yang berusia 5 tahun itu berlari-lari bersama beg sekolah tadikanya menuju kearah ibu dengan air mata bercucuran. si anak berlari dan terus mendapatkan ibunya. lantas di cium tangan ibunya sambil berkata...
"boboi maafkan ibu, walaupon ibu tak belikan boboi baju dengan topeng suria perkasa hitam, tapi boboi maafkan jugak ibu. boboi tak tau nak gi mana... selamat hari raya bu. boboi sayang ibu..." kata anaknya dalam sedu-sedan.
tersenyum si ibu melihat anaknya lelakinya itu. bukan tak sayang, tapi mana si ibu nak carik topeng ngan baju suria perkasa hitam permintaan anaknya itu. di biarkan saja anaknya lari rumah, si ibu faham sangat dengan perangai anaknya. merajuknya tak lama...
lagipon anaknya baru berusia 5 tahun, kemana hendak di tujunya malam-malam raya begini...
T_T