kemalangan semalam...


semalam jumpa tunang tersayang... jalan-jalan plaza alam sentral, shah alam... pastu jumpa la kedai jual permainan kawalan jauh. macam-macam ade. kereta kontrol, kapal selam kontrol, kapal korek kontrol, queen control. tapi hati tertarik nak beli helikotter kontrol!

yeah! dari zaman kanak-kanak aku mengidamkannya! dulu kecik-kecik aku dah berjanji kat diri aku, aku akan belajar rajin-rajin, dapat kerja best, gaji beso aku nak beli helikopter kontrol! sungguh naifkan aku ketika masih kecil... dan sampai sekarang aku masih naif kerana aku dah dapat blaja serajin-rajinnya, dapat kerja yang agak best, dan gaji beso sket je dari seorang penyamun dan aku dah beli helikopter kontrol!!

ya..kenaifan aku menyebabkan aku tinggal seringgit sejurus selepas aku membayar harga helikopter kontrol tersebut! aku termakan dakyah si penjual, katanya helikopter tersebut byk fungsinya... cam membantu dalam misi menyelamat, berjihad, bawa peluru berpandu... dan paling menarik ialah, helikopter itu boleh letak kamera dan di gunakan untuk mensekodeng! yeah! ini mmg apa yang aku mahukan! sambil memenuhi impian ku semasa kecil, ia juga dapat memenuhi impian ku setelah baligh! ahahahaha!

tunang tersayang disebelah dah tak di endah... sibuk membelai helikopter kontrol. sepanjang memandu balik ke seremban, mata asik menjeling ke arah kotak helikopter kontrol ku yang tersayang. takut-takut ade yang cuba mengambil kesempatan ke atas beliau...

sampai umah sewa kol 11 mlm, teruja... cas bateri... tak sampai 10 menet cas dah stat men sebab da tak sabar... mula-mula main dalam umah... atas tilam, kunun-kunun kalau terhempas takde la kemalangan teruk sangat... tapi dalam umah rase cam sempit la... juruterbang helikopter se hebat aku perlukan ruang yang besar tuk melakukan aksi akrobatik yang lebih mencabar...

dari dalam bilik aku beralih ke halaman rumah... angin malam sepoi-sepoi menerjah mukaku... seperti sedang memberi semangat kepadaku! segala persiapan rapi sudah sempurna. aku memulakan penerbangan... kipas helikopterku berpusing laju... helikopterku mula terangkat di udara... aku cuba mengawalnya sebaik mungkin. mula melepasi ketinggian 1 meter.. segalanya nampak lancar. tiba-tiba....!

tiba-tiba berlaku sesuatu yang diluar jangkaan..! helikopterku terbang liar dan buas! terhoyong-hayang! terbang dan menjunam melepasi dinding tembok yang separas dada seksiku malam itu yang tak berbaju! lalu mendarat cemas dalam halaman rumah jiranku! arrrrgggghhhhh!!!!

rase nak nyuruk! terdengar suara jiranku dari dalam rumah mengomel... dia sangka kucing main atas kereta kesayangan beliau. Miaw~~ aku berpura-pura... hehehe...

namun aku terpaksa menebalkan muka juga. pukul 11.34 malam... aku sehabis merdu, menjaga tonasi suara agar pitching tak lari...memberi salam...

"assalamualaikum~~~" sedap gak suara aku, mungkin pasni bole buat band nasyid kotemporari dakwah bermotif cinta wanita...

"bang, maafkan saya, saya Kapt. Adib terpaksa melakukan pendaratan cemas di halaman rumah anda kerana keadaan cuaca yang tidak menentu telah mengganggu penerbangan helikopter saya. sekali lagi saya memohon maaf sekiranya kejadian ini mengganggu abang sekeluarga dan menyebabkan trauma dikalangan anak-anak abang yang masih kecil. bole abang amikkan helikopter saya tu? saya yang menurut perintah."

abang tu tolong kutipkan, bagi kat aku. muke die sikit pon tak percaya dengan penerangan aku tadi.

aku amik helikopter kontrol aku dari abang tu lantas masuk rumah. tutup lampu. tido. sok keje.


p/s:kemalangan smalam menyebabkan bumper depan helikopter aku gugur... depan hancur... cermin depan pecah... side mirror tanggal... tapi arini masih berfungsi, tapi belum dapat diterbangkan dengan sempurna. aku akan berusaha. doakan kejayaan aku...

3 comments:

  drama^_^queen

August 11, 2009 at 3:03 AM

mesti jiran kau pelik kan?

dah tua2 bangka main benda mcm tu tgh2 malam...klu aku aku wat2 terpijak je heli ko tuh ekekeke

so da leh terbang ke lom?

  idap

August 11, 2009 at 3:35 AM

stakat ni terbang paras pinggang... ahahahaha

  deezanne

August 12, 2009 at 11:28 PM

heli yang baru saje berusia 1 hari tu da pon hancur casingnye dilenyek keta jiran.. nak minta cairk casing pon susah T______T kan da xde casing

Blog Widget by LinkWithin