teater sekolah tadika


nama saya Adib. saya bersekolah di Tadika Abim. saya seorang kanak-kanak comel yang riang-ria berumur 5 tahun. di sekolah saya ada ramai kawan. kawan saya ramai perempuan. mereka suke kawan dengan saya. hari ini saya nak cerita tentang teater di sekolah saya.

sekolah saya akan mengadakan sebuah teater kanak-kanak. teater ini diadakan sempena penutup sekolah akhir tahun. ustazah ingin memilih beberapa pelajar yang berbakat untuk berlakon. saya tak kesah sangat tentang teater tersebut... lagipon saya bukan jenis kanak-kanak yang gila glamour.

namun melalui pemerhatian, ustazah saya memilih saya memegang watak utama dalam pementasan teater tersebut. mungkin kerana kecomelan dan karisma yang saya miliki. saya memegang watak seorang hero. saya tahu, walaupon saya buat tak kesah, tapi saya akan terpilih. bertambahlah peminat saya selepas ini.

ustazah menerangkan jalan ceritanya pada saya, yang akan memegang watak hero, dan beberapa watak sampingan tentang perjalanan cerita yang akan di pentaskan pada majlis penutup sekolah tidak lama lagi. kisahnya mudah... cerita tentang seorang hero, iaitu saya, ternampak 3 orang pemuda sedang menyembah pokok... dan hero, iaitu saya, akan mengajak mereka kembali ke jalan yang benar iaitu menyembah Allah. pemuda-pemuda tersebut berdegil dan hero, iaitu saya, akan memancung kepala mereka...

ceritanya ringkas dan penuh tauladan serta bermotipkan Islam. saya berasa sungguh bangga. mesti ibu saya turut berbangga. saya sudah terbayangkan teater ini akan keperingkat yang lebih tinggi, mungkin akan di pentaskan di istana budaya. nama saya akan terkenal di seluruh pelusuk dunia setaraf dengan pelakon harry potter.

balik dari sekolah saya ceritakan pada ibu saya. beliau begitu bangga dengan saya. malamnya saya tak dapat tidur kerana begitu teruja...

hari ini di adakan latihan pertama, seminggu menjelang hari pementasan. masing-masing mengambil tempat. hampir setiap masa saya menghafal dialog yang perlu saya ucapkan. mudah saja...

"wahai pemuda, kembalilah menyembah Allah. atau aku pancung lehermu..."

saya berdiri tegap, pedang plastik tersisip rapi di pinggang menunggu untuk dihunus ke leher pemuda-pemuda yang menyembah pokok.

"action" kata ustazah...

tiba-tiba segala dialog yang saya hafal ilang ntah ke mana. mulut terkunci. lupa ape yang perlu di lafazkan. suasana hening seketika....

"cut!" kata ustazah saya dengan lantang... riak wajahnya sedikit kecewa... harapnya saya mendapat peluang ke dua...

"adib, uatazah bagi adib pegang watak lain, watak utama ustazah bagi kat kawan lah ye..." pujuk ustazah..

hancur berkecai hati saya... air mata mula bergenang...

"adib jangan sedih, ustazah bagi adib watak yang lain yang tak kurang pentingnya..." hati saya berbunga kembali mendengar pujukan ustazah.

"takpe la tak dapat watak hero... ade lagi watak lain yang penting..." bisik hati saya...

*********

seminggu kemudian, di hari pementasan, ibu melihat saya dari bawah pentas. tercari-cari dimanakah anaknya yang comel itu...

diatas pentas kelihatan 3 orang kanak-kanak kelihatan seolah-olah menyembah pokok dan seorang lagi sedang mengacungkan pedang ke arah penyembah pokok itu... saya tak memegang watak hero (yang mengacungkan pedang) dan tidak juga memegang watak penyembah pokok... jadi apakah watak saya?

ustazah telah memberi saya watak lain yang tak kurang hebatnya... iaitu seorang pokok yang disembah...

ya... watak saya seorang POKOK... T_T

sekadar hiasan

4 comments:

  Dila

August 3, 2009 at 4:15 AM

ok la tu..ko pon aku tguk sperti pokok getah

  idap

August 3, 2009 at 4:17 AM

T_T ni antara kejadian yang aku takleh lupa yang mengguris perasaan aku ketika masih kecil

  Lady D'yot

August 3, 2009 at 4:21 AM

ooo..sgt "penting" watak y ko bwa tu..hehe

  idap

August 3, 2009 at 4:35 AM

dilla : aku legih tegap dari pokok getah

nard : aku terlalu "penting" T_T

Blog Widget by LinkWithin