terawih yang terbatal...

*20 tahun yang lalu....

tersebutlah kisah di sebuah kampung di pinggir sebuah pekan di selatan tanah air, tinggallah seorang kanak-kanak comel berusia 5 tahun bersama ayah dan ibunya. dan malam itu, kanak-kanak comel itu telah menonton pengumuman tarikh permulaan puasa yang di sampaikan tidak lain dan tidak bukan oleh pemegang mohor besar raja-raja. maka gembiralah kanak-kanak comel itu kerana esok bermula puasa dan hantu-hantu sume da kene ikat. yeay! tak lama lagi raya!

oleh itu, esok bermula puasa, jadi malam ini bermulalah solat terawih. maka pergilah si kanak-kanak comel berlari-lari mengikut bapanya ke masjid untuk menunaikan solat terawih berjemaah. sebelom pergi ibunya sempat berpesan supaya jgn berlari-lari dalam masjid dan mengacau orang lain sembahyang.

sekonyong-konyong sampai di masjid, kanak-kanak comel yang beriman ini amik air semayang, dan masuk di saf terakhir, saf untuk mereka yang belum baligh dan belom bersunat. si kanak-kanak comel ini hanya mengikut apa yang orang lain lakukan, kalau ruku', maka ruku' la dia. kalau sujud, maka sujud la dia.

arakian ketika bgn rakaat kedua, terlihatlah si kanak-kanak comel itu satu perkara yang ajaib. di saf hadapannya berdirilah seorang pakcik yang berbadan agak besar memakai baju melayu biru ayu berkain pelikat. terlihatlah di mata kanak-kanak comel tersebut keadaan kain pelikat pakcik itu yang tersepit di celah punggung dan menampakkan lurah dendam yang dalam. pada fikirannya mungkin itulah yang di namakan 'ruang vacuum' ataupun itulah yang dikatakan teori
'black hole' ataupun bahasa melayunya lubang hitam. teori yang menerangkan kejadian lubang yang hitam dan menyedut apa sahaja objek yang berada berdekatannya. dan itulah yang berlaku pada kain pelikat pakcik tadi yang tersepit dan tersedut. genius kan kanak-kanak comel tersebut?

waima perasaan gundah melanda hati kanak-kanak comel itu, di hatinya terdetik, mungkin pakcik itu berasa tidak selesa dan tidak kusyuk menunaikan solat dengan keadaan kain yang tersepit itu. lantas si kanak-kanak comel itu pon membantu dengan penuh hikmah. beliau pergi kebelakang pakcik tersebut, dan perlahan-lahan menarik kain pakcik yang tercepit! =,=|||

tiba-tiba, melatah la pakcik empunya kain kerana terperanjat yang amat apabila terasa seperti ada sesuatu keluar dari celahan punggungnya! geli-geli sedap-seram rasanya. bila pakcik itu toleh kebelakang, terlihatlah seorang kanak-kanak comel tersengih-sengih sedang memegang kain beliau... maka terbatalah solat pakcik tadi...

walaubagaimanapun, balik rumah kanak-kanak comel pula kena marah... kesian... seperti kata pepatah, bagai melepaskan kain tersepit. pepatah yang kata, saya tak kata apa!







moral : kalau pakai kain pelikat jangan lupa pakai spender...

5 comments:

  Lady D'yot

August 27, 2009 at 3:07 AM

hahaha..ko ke knk2 comel tu?sgt nkalll...!

  idap

August 27, 2009 at 5:59 AM

bukan aku~

  Jard The Great

August 29, 2009 at 5:28 AM

abes tu sepa wei??? oo.. ko tak comel ek? ehehe

  idap

August 29, 2009 at 5:43 AM

aku comel gak!!!! er... nak ngaku ke tak?

itu kawan aku.... ehehe

  Sufy

August 30, 2009 at 9:35 AM

ish3..lawak eh..tp x patut beno dak kecik tuuu..huhu

Blog Widget by LinkWithin